OhMyIklan

Monday, 23 June 2014

50. Personal Review : My Inspirational Bridal

Assalamualaikum, readers! Last entry Aini story mory review My Inspirational Bridal (MIB) kan? Sekarang nak belanja personal review pulak.

Camne boleh terjumpa MIB?

Actually jumpa ni masa dok survey-survey andaman yang murah kat internet. Plus, tak jauh sangat dari rumah. Since Aini ni tak stay di Chini, maka, online je la kuharapkan. Time survey ni tak terpikir pun lagi nak amek pakej ke hape. Belum ada cita rasa. Sekali jumpa MIB, tengok-tengok ada beberapa mutual friends kat facebook, teruslah mintak pm pakej bertunang.

Simpan dulu.

Time tu rasa berbaloi dah amek pakej. Macam-macam tau Aini tanya kat MIB. Alkisahnya tak tau pelamin mini jack la hape la camne. Ain (MIB) dengan sabarnya melayan karenah Aini. Bagi contoh gambar sume. Harga pelamin mini yang ada frame punya lebih mahal dari pelamin mini jack (betulkan kalau Aini salah). tapi, berkenan yang mini tu jugak. Hihi. Hold dulu. Tak bagi lagi kata putus.

Bila dah confirm nak buat baju dengan si penipu tu, Aini pun request nak pelamin je kat Ain. Dapat harga RM500 (include transport). Dalam hati pikir "baik aku buat pelamin besar sikit, tak mini sangat since harga sama je". Nampak pulak Ain upload pic pelamin yang berkenan di mata, tapi, yang tu untuk sambut menantu.



ni lah pelamin yang Aini jatuh hati tu. Hihi. Nak mencari design pun masalah! Memandangkan Aini ni bukan jenis yang main rembat je & nak every cent counted, Aini come out my own idea. Actually bukanlah idea sendirian berhad sangat. Aini mintak Ain hantar gambar koleksi pelamin beliau, dan Aini combinekan pe yang Aini nak. For conclusion, tengok perbandingan di bawah :


tabir ini 

+

pelamin tunang Ain (owner MIB)

+

bunga dan alas kotak cermin tu

+

daun-daun dan bulu ostrich ber'cahaya' tu

=


tadaaaaa..... inilah pelamin Aini :) amacam?

Amacam? Masih lagi mengekalkan konsep Aini yang tak nak simple. Memang ramai orang sekarang suka yang simple je, tapi Aini tak. Hihi. Biarlah, taste tuan punya badan. Rasa berbaloi tak untuk RM500 pelamin sahaja? Honestly, rasa berbaloi. Tapi maybe akan cadangkan kat adik-adik nanti cari yang pakej. Pulak! Pasal warna pun kami bincang panjang lebar, apatah lagi design. Memang amek masa 3,4 hari jugak nak confirmkan design. Takpe lah, asalkan puas hati.

Lepas ni Aini cadangkan kalau nak buat pelamin DIY, better sewa je dari tempat yang beri khidmat sewa DIY. Mungkin lebih berbaloi. Macam Aini, tak de masa nak mengangkut barang. Biar lah guna khidmat yang ada je.

Pendapat Aini mengenai MIB?

Dah namanya personal review kan. Mestilah nak suarakan pendapat Aini. Aini kelaskan kepada hasil kerja, customer service, proses kerja dan harga.

Hasil kerja :
Memang tip top. Walaupun tak dapat 4 bunga besar yang Aini nak, 2 yang besar plus 2 yang kecik pun ok. Tapi kalau ada 4, lebih menepati cita rasa. Rasanya semua orang boleh nilaikan sendiri hasil kerja MIB dari gambar kat atas ni. Bila baju Aini tak seperti yang diinginkan, tapi tengok pelamin cantik, rasa hilang semua kecewa terhadap penipu tu. Tapi sakit hati tu memang tak kan hilang lah.

Customer service :
Aini bagi 5 bintang. Sangat sabar melayan karenah customer macam Aini. Semua perkara dari design, warna, masa nak pasang pelamin, dapat kerjasama yang baik dari 2 2 pihak. Takde menimbulkan sebarang masalah. Layanan yang diberi sangat baik. Walaupun Aini lambat bagi deposit, Ain still simpankan tarikh tu untuk Aini.

Proses kerja :
Sangat teratur, sangat kemas dan sangat terbaik. Pelamin pasang pagi jumaat, cabut petang ahad. Sempatlah nak posing lama-lama sikit. Pengantin lama pun sempat posing taw.


pengantin lama+tua. hihi


Harga :
Masih lagi reasonable. Terutama yang amek pakej. Amek 1 1 Aini tak berani nak komen. Tapi untuk pelamin Aini, masih lagi puas hati. Kalau kahwin nanti amek dengan Ain jugak, dapat less kan? hihi.

Itu saja personal review MIB dari Aini. Semoga MIB terus sukses pada masa akan datang. Sila layari facebook My Inspirational Bridal untuk keterangan lanjut. Sebagai penghargaan, readers akan datang masih boleh klik iklan kat tepi ni di My Inspirational Bridal dan akan terus disambung ke facebook MIB.

Check out our next post : 51. Perlu Ke Kerusi Untuk Pelamin Bertunang?

update 11.12.14 : maaf ada beberapa gambar tak boleh bukak...my bad :(

2 comments: