OhMyIklan

Sunday 14 December 2014

103. Pening Fikir Warna Tema Untuk Wedding.

Assalamualaikum, hai readers. Alahai. Warna tema untuk nikah dah dapat hari tu. Choral Gold. Tapi untuk majlis walimah ni tak dapat-dapat. Calon warna nye banyak. Tapi banyak sangat halangan. Haha. Ada beberapa perkara yang Aini kena amek peduli tentang pemilihan warna ni.

- Aini kulit cerah sikit dan Ridzuan cerah sikit jugak. Maka, pakai warna ape pun takde hal. Ke kitorang perasan cerah?
- Aini tak suka warna frozen. Ape maksud warna frozen? Baby blue, tiffany blue, tiffany green, mint green lebih kurang macam tu lah. Kenapa? Sebab Aini tengok dah ramai pakai warna tu.
- Tak nak warna hijau dan purple. Sebab dah guna untuk tunang. Tak nak lah pakai yang sama je kan. Nak jugak fefeeling rainbow.
- Tak nak pink. Ridzuan dah bagitau lama dah. Haha.

Jom tengok antara calon pilihan warna dan sebab musabab kekangan nye :

royal blue+yellow

Semangat tok gajah. hihi. Tapi maybe lebihkan warna royal blue. Tapi family tak suka. Tenggelam katanya.

red+silver

Sekali tengok, berkenan. Dua kali tengok, tak berkenan dah. Haha

Setakat ni, dua ni je yang menjadi pilihan. Cerita kat kak yani (mak andam). Kak Yani cakap lawa songket merah. Last-last, bagi kak yani je handle bab warna ni. Yang penting Kak Yani whatsapp bagitau "nanti kak yani tengok warna yang lawa ye, kecuali frozen"

Setel. Tunggu Kak Yani whatsapp je warna ape menjadi pilihan. Hihi.

2 comments: