OhMyIklan

Tuesday 23 December 2014

107. Cadar Bilik Pengantin Punya Story

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni nak story sikit pasal cadar bilik pengantin. Aini punya pakej bridal memang tak include hiasan bilik pengantin. So, kena usaha sikit la mencantikkan bilik pengantin ku itu. Tapi memang tak kkan spend banyak sangat lah. Kirim salam lah. Haha. Bila pikir-pikir balik, macam tak relevan sangat je hias bilik pengantin bagai. Lepas bersanding dok posing dekat bilik pengantin. Pelislah! Aini respect dengan pengantin yang buat photoshoot dalam bilik pengantin. Aini tak seberani macam tu. Tengok pulak posing sume tahap hampir 18sx, memang no lah. Hahaha. Kena ingat kan fotog  ni ;)

Seminggu jugak memilih plus survey cadar bilik pengantin ni. Ciri-ciri cadar yang penting untuk kami beli ialah :

- kain cotton
- tak berkilat
- takde ropol-ropol
- praktikal
- bukan warna putih
- murah

Ciri yang paling penting mestilah murah. kahkahkah. Kami end up pilih yang ini untuk bilik pengantin nanti :

maroon+pink. how maa?

Amacam? Ok tak? Gasak je la. Warna ni yang paling 'pengantin'. Harga? Cuma RM150. Serius! Yang penting, tak membazir. Buat ape beli mahal-mahal jenis satin, ade labuci dangdut bagai tapi nak baring atas tu gatal badan. Hahaha. Oh ye, ni da sekali postage tau. Aini beli dengan facebook cadar murah. Ada banyak lagi pilihan yang jenis 2 tone ni. Next time Aini order warna lain pulak. Hihi. Nak tengok pilihan yang lain?






Pesanan untuk encik Ridzuan tersayang : Nanti saya beli yang pink atas ni jugak tau! Feminin gituuu. Yang ni Aini kopi teh sebijik dari facebook cadar murah :

Cadar two-done 780TC = 5pcs

Made of high-class Tencel Cotton
Anti wrinkle
Fitted elastic corner design
Can fit extra thick mattresses up to 30cm height
Air-permeable fibre; prevents mildew and odours
Machine wash and dry

Queen Fitted Set : RM150SM/RM160SS
Fitted sheet: 153cm (W) x 190cm (L) + 30cm (H) (1 pc)
Duvet Cover: 200cm x 225cm + 5cm (1 pc)
Pillow case: 45cm x 75cm (2 pcs)
Bolster case: 37cm x 107cm (1 pc)

King Fitted Set : RM170SM/RM180SS
Fitted sheet: 183cm (W) x 190cm (L) + 30cm (H) (1 pc)
Duvet Cover: 230cm x 225cm + 5cm (1 pc)
Pillow case: 45cm x 75cm (2 pcs)
Bolster case: 37cm x 107cm (1 pc)

isi filling boleh ditambah kalau nak
Queen rm80
King rm90

HARGA SUDAH TERMASUK POSTAGE
ORDER: WHATSAPP 0123312030. TQ

Well, Aini mestilah beli yang queen size je. Duvet tu macam comforter. Tapi dia sarung comforter. Untuk keterangan lanjut, sila whatsapp number di atas ye. Jangan nak gedik sangat suruh Aini pm atau jadi ejen. Tak kuasa mak.

ps : cadar dah sampai. stay tune utk next entry yang entah bila..hee~ oh ye..akan direview jugak khidmat penjual :)

6 comments:

  1. Eh eh eh kau ni cadar ! Lawa pulaaaaaa. Hish. Kita pun tak berani maut nak tangkap gambar dalam bilik pengantin. Sebab tu tak hias apa pun. Hahahaha. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. nad...lawa kan?bace komen kak saila weh.spend utk suami... ;)

      Delete
  2. sama :) akak dulu beli yang patch work punya..rm150! sekali dapat hadiah lagi mahal dari cadar bilik pengantin heheheh..rezeki :) tp kan, bila dah ada suami nanti, spend lebih sikit utk cadar cantik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak saila...tengok-tengok juga yang patch work punya...tapi lagi berkenan yang ni..hee~ rezeki btul tu kak....baiklah..akan sy spend lebih sikit duit ridzuan untuk cadar...tetttt...

      Delete
  3. Cantik nak beli la t da dapat cadar review tau takot jugak nk beli online2 ni risau tak memenuhi citarasa..hihi.. kalau da ada review baru berani sikit nk beli..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul..da selamat sampai da :) haha..baru pikir entah bila nak review...atas permintaan nurul, Aini akan review asap :)

      Delete