OhMyIklan

Wednesday 3 December 2014

98. Catat Semua Perkara Penting Untuk Wedding Anda!

Assalamualaikum, hai readers. Lama tak membebel kat sini. Hihi. Cuti sekolah je masa yang ada untuk update blog, blogwalking bagai. Banyak ni berhutang dengan b2b blogger. Nak blogwalking. Huhu. Kepada mana-mana blogger especially b2b blogger yang nak cadangkan blog untuk Aini blogwalking, sila bgtau ye. Mengisi masa lapang selama sebulan++ ni. Hihi. Memandangkan cuti sekolah yang kononnya heaven gila ni, ni la masa untuk Aini prepare banyak sikit untuk wedding memandangkan kami ni 'pasangan tunang hujung minggu'.Yes. Memang lambat lagi wedding. Tapi at last, Aini jugak yang kena prepare. So, why not prepare dari sekarang kan? Why bother.

Lari dah dari tajuk asal. Poraahh Aini. Hari ni nak share sikit pasal 'buku catatan wedding' kami. Sekarang buku ni tertinggal dalam kereta Ridzuan. *sigh* harap takde orang curi-curi bukak dan songlap semua idea bernas (konon) yang Aini tulis dalam tu. Kenapa perlu mencatat? Sebenarnya maybe sebab lumrah Aini seorang guru, maka buku dan pen kena ada dekat selalu. Tapi bukan tu sebab utamanya. Jom tengok kepentingan untuk mencatat semua yang anda tahu tentang wedding anda.

1. Berguna masa survey especially masa survey doorgift.

Hari semalam tengok doorgift harga RM1. Hari ni jumpa yang harga RM1.10. Lepas tu nak rewind balik ke hari semalam kalau lupa tengok doorgift RM1 tu kat mana? Haha. Catat kat mana korang nampak doorgift tu.

2. Tulis tips-tips penting atau senarai barang kahwin nak beli.

Ye. Taw dah masing-masing nset canggih-canggih. Senipis alam dan sebesar alam. Siap pen, marker suma dah. Tapi lain lah feel kalau tulis dalam buku. Nak belek belek pun senang. :)

3. Lukis design baju kahwin, kumpul resit semua setempat.

Takut resit deposit hilang? Ape susah. Klip je kat buku tu. Nak lukis design baju pengantin pun letak je dalam tu. Nak berangan pun boleh catat, eh?

4. Countdown dan checklist.

Bila kita catat, kita lebih beware dengan tarikh wedding kita dan apa perkara yang belum setel, sume-sume lah. Takde lah bangun bangun tido je eh..da nak kawen?

5. Be creative.

Mana tau bakat anda yang kreatif tu tak tau nak salur ke mana, gunalah ke buku wedding tu. 

Sebenarnya, tak perlu buku yang mahal dan tebal pun untuk catatan wedding anda. Aini punya Rm3.20 je beli kat Popular Berjaya Megamall Kuantan. Yang penting isi dalam nya. Mana tau satu masa nanti buku akan menjadi artifak cehwah artifak gitu yang sangat berharga untuk wedding anda dan boleh menjadi rujukan semua orang :) Jom tengok gambar buku wedding Aini yang tak seberapa ni. Namanya : RIDZUAN AINI HALAL DAY.

gni je rupenye. simple.

tak reti nk rotate. haha


sila sengetkan kepala ye. abaikan tulisan hodoh tu.

ps: dalam proses clearkan dan reset semula layout OHMYWEDDING. Good luck Aini.

2 comments:

  1. rina punya buku catatan masa wedding haritu kecik cenonet je.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rina...mula2 nak cari yang cenonet jugak..tp takut ilang..haha

      Delete