OhMyIklan

Tuesday 3 March 2015

134. Ini Kisah Panjang Baju Nikah

Assalamualaikum, hai readers. Kalau bercakap tentang baju nikah ni, kalah sinetron. Banyak benau up and down nya. Fulamak. Rasa macam nak buat plot semua siap.  Takpe Aini. Cool, orang tak nak tau pun.

Plan mula-mula sekali. NAK TEMPAH BAJU NIKAH DEKAT KAK YANI. Memang dah siap survey harga kat Jakel dah. Design sendiri pun dah ada. Ridzuan pun cool je ikutkan Aini. Memang plan dah cantik! Pantang ada masa free, google design baju paling lawa. Padahal untuk nikah biar yang simple je kan?

Bagi design baju semua, then kak yani cakap "kalau pattern gini akak amek RM250 maksima untuk upah" *gulp* double gulp *gulp gulp* Tapi muka maintain cool macam Aini ni banyak harta untuk dibelanjakan. Kahkah. "Oh. Okay kak. Nanti dah beli kain, saya hantar kat akak eh"

Nak jadikan cerita, tercerita (gitu tercerita, nampak sangat tak sengaja) kat kawan kat tempat kerja. Semua cakap "Oih, murah dah tu RM250..bla...bla...bla..." Yela, baju sarat beads ngan bunga 3d kot. Sejuk dah sikit hati. Fine. Maybe betul dah pilihan aku ni. Punya lah pujuk hati, tapi hati tak tenang mana pun. Tak tertipu rupanya hati Aini ni.

Kalau dah perangai tu suka bercerita, cerita lah kat mummy pasal baju nikah ni. Mummy macam "ape????RM250??? Along dulu guna maksu (mak andam) je, free!" Down jugak lah time tu. Sebab dah berangan design sendiri semua kan. Moment nikah tu nak lah yang terbaik. Mak cakap "beli kat kedai je, Angah". Memang taklah. Egois kau. Tak nak baju nikah same dengan orang.

Dah mummy cakap gitu, Aini pun berusaha jugak lah cari on9 baju kurung moden yang simple, boleh buat nikah. Terjumpa lah yang ini :

lawa kan?

Custom made, boleh buat warna choral gold. RM180 ke RM170 entah. Pikir-pikir balik, ok lah ni. Daripada beli kain, then upah RM250. Maka, BELI ON9 LAH PULAK. Kira yang survey tadi halalan toyyiban la. Nak pujuk hati lagi, bagitau hati "Takpe Aini, design baju nikah tu boleh bawak ke sanding since baju sanding pun custom made" Ternyata tak tertipu. Was was jugak. Nak beli online ke eh. Kali ni takde rasa macam ditipu, tapi takut warna lain pulak sebab banyak sangat pandangan orang tentang choral ni.

Gagahkan jugak beli online. Dalam 3 minggu lepas tu, dapat baju tu. Mula-mula excited. Tapi, warna macam agak oren, bukan choral dan agak besar baju tu walaupun saiz m. Aini selalu pakai saiz 38 ok je ngam ngam badan. Yang tak tahan tu, whatsapp gambar baju nikah ke kak yani, mintak tolong alter kan. Hahaha. Kak yani pun layan kan je. 

Masa tu perasaan dah bercampur campur dah. Sebab tak puas hati kan. Baju tu okay tapi entah lah. Nasib lah dapat hati yang lalang macam Aini ni. Cerita dekat Aynen dengan Pargh (both are my future bridesmaids). Aynen cakap "kau buat baru je, tempah. Kain chiffon baru berapa ringgit semeter, janji kau puas hati"

Kalau Aynen dah cakap tu, tak boleh cakap ape lah sebab dia ni faktor terbesar Aini buat keputusan sejak matrik. Hahaha. Hari tu (tak ingat bila) terus ajak Ridzuan pegi Jakel, beli kain untuk baju nikah Aini and Ridzuan sekali. Design pulak tak tau macam mana sebab design asal tu dah bawak ke majlis sanding. Nasib baik kak yani baik hati bagi pinjam buku pengantin. Selak selak jumpa lah design baju yang simple, sesuai untuk akad nikah. Tapi belum reveal lagi, nanti orang tiru. "Sakitnya ku di sini".

Lastly, HANTAR BAJU KAT KAK YANI macam dah di plan asal. Ridzuan tanya "habis, baju yang beli online tu?"... "jual semula" *senyum kambing* tapi sampai sekarang belum jual sebab nak tengok hasil baju Kak Yani jahit tu. Kalau tak puas hati, boleh pakai semula yang beli online tu. Tu pun kalau tak lalang lagi pegi cari baju lain lah. Tapi harap-harapnya okay lah baju yang akan Aini terima.

Hantar dekat kak yani dalam tengah bulan lepas. Tanya kak yani, bila boleh siap? Actually takde lah nak cepat pun kan. Tapi hujung bulan ni nak tau jugak progress macam mana. Masa tunjuk design yang baru tu kat kak yani, kak yani amek upah RM200 je *je?* sebab design tu lebih simple dari baju untuk sanding tu.

Aini beli chiffon 6meter, kain ape ntah untuk lining 4 meter. DUGAAN!!! Kain lining tu jarang. Masa beli takde pulak rasa jarang. Heh? Frust dah masa tu. Nak beli semula? Takde masa Aini nak gi Jakel lagi. Kak yani tanya : nak pakai kain dalam, inner ke nak beli kain lining lain? Dah memang spend untuk baju nikah biar puas hati kan, nak beli lain lah. Kain yang jarang tu (actually tak jarang sangat, cuma kalau pakai, memang nampak jarang) nak buat photobooth lah, alas meja lah. Hahaha. End up, kami decide untuk buat tudung bridesmaid. Bijak kan? Sel-sel otak mula berhubung dengan internet lah tu.

Apa yang Aini buat? Bagi duit kat kak yani. "Akak tolong belikan kain untuk lining" . Habis cerita. Harap-harap kak yani masih kuat untuk berurusan dengan Aini. Hihi. Dah penat taip. Bye. ps: tolong doakan kesudahan yang baik untuk baju nikah Aini :) 

5 comments:

  1. okey tak sabar nak tunggu hasilnya! hehehe

    ReplyDelete
  2. sangat tak sabar nak tengok hasil...

    ReplyDelete
  3. hye b2b... jom tengok instagram saya @gobokchermincreations...

    saya ada buat perkhidmatan buat baju, tudung, veil dan solekan... cubalah tengok,mana tau kalau berkenan kan...

    ReplyDelete
  4. Wah, boleh pula buat benda lain.
    Nak kena tengok lah kain tu jarang ke tak, kan?

    ReplyDelete