OhMyIklan

Sunday 7 June 2015

163. Tupperware Untuk Family Ridzuan - DONE!

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni nak share sikit pasal doorgift untuk rombongan pihak lelaki. Nak bagi beberapa barang, tapi kita setelkan one by one lah. Kalau nak beli gedebuk banyak, memang terasa sikit lah duit yang mengalir. T.T . Bulan ni (gaji ni) memang nak setelkan doorgift sahaja lepas setelkan kad kahwin. Nanti Aini update pasal kad kawen eh. Tupperware ni Aini survey antara kedai RM2 yang sekarang dah jadi RM2.12 (sobs!) dengan happy home. Honestly, happy home lebih murah tapi kedai RM2.12 jadi pilihan sebab lebih lawa di mata kami :)

Maka, kami beli lah macam kat bawah ni :




RM2.12 boleh dapat 2 tupperware lebih besar dari saiz tapak tangan Aini. Bajet untuk rombongan lelaki 30 orang. Bagi kat dewasa je sebab kanak-kanak boleh dapat isi dalam tupperware ;) So total setakat ni : RM2.12 x 15 bungkus = RM31.80. Haruslah pegi dengan Ridzuan kan. Tak kira lah nak cakap tak surprise ke apa, asal tak berat nak pikul. Hihi. 

ps : tolong doakan semuanya berjalan lancar.

1 comment: