OhMyIklan

Tuesday 9 June 2015

164. Dah Mula Menjemput. Perasaan?

Assalamualaikum, hai readers. Fuh. Sekarang dah mula fasa menjemput, even sebulan++ awal. Sebab bulan puasa rasa macam out sikit, tak banyak boleh buat. Nanti Aini cerita pasal kad kahwin yek. Time menaip ni, tengok countdown tinggal 47 hari lagi. Gilosss. Banyak lagi tak setel ni. Setakat ni ada beberapa senario la time menjemput.

1. Yang dah tau, buat-buat terkejut.

OMG! Yeke Aini? Tahniah. Selalu baca blog Aini, tapi tak perasan bila kahwin nya. Haha. Nampak sangat pemalas Aini ni nak update pape.

2. Yang tanya apa yang dah siap, macam mana prepare.

Haru biru sikit nak menjawab yang ni. Sebab malu weh nak cakap tak prepare sangat lagi. Hehe. Alhamdulillah, ramai yang support. "Takpe Aini, ada masa lagi" Lagi lah Aini cool.

3. Yang mendoakan.

Alhamdulillah, yang ni sangat ramai. Terima kasih atas doa semua. Awal lagi dah wish "semoga cepat dapat baby". heh? 

Semua orang nak yang terbaik dalam relationship kan. Doakan semua preparation Aini berjalan lancar. Bila orang tanya apa perasaan sekarang? Aini akan cakap serabut sebab banyak benda tak setel lagi. Nasib baik Ridzuan banyak cool kan diri ni. Kalau tak, memang haru la. 

tak payah nak keep calm sangat!

No comments:

Post a Comment