OhMyIklan

Thursday 11 June 2015

165. Tips : Senarai Tetamu

Assalamualaikum, hai readers. Saje taip tajuk dulu untuk wat next entry, takut lupa. Berdesup draft jadi 15 posts. Haha. Tabahlah Aini. Rasanya ni tips yang paling penting antara banyak tips. Selain makanan, tetamu pun penting bagi sesuatu majlis. So, hari ni Aini nak share sikit tips ketika senaraikan tetamu.

1. Buat senarai mengikut target bilangan tetamu, bukan daya ingatan.

Kalau ingat dalam 800 orang, tapi katering untuk 1000 orang, spare je lagi 200 untuk tetamu yang belum diingat tu.

2. Rewind balik dari zaman tadika.

Ini untuk kes banyak sangat sekolah. Tadika, sekolah rendah dah 4 sekolah, sekolah menengah, kolej, universiti. Tak dilupakan kalau ada kerja part time ke full time ke time tengah-tengah belajar tu. Ni la guna makan kismis nombor ganjil dari kecil.

3. Buat senarai kasar bilangan tetamu.

Contoh : kawan sekolah rendah 40 orang. sekolah menengah 40 orang. Tu contoh je. Supaya anda boleh bajet berapa tetamu datang nanti.

4. "Jemputlah semua"? No no.

Jangan guna ayat "jemput semua" kepada bukan saudara mara anda. Sebab tu kegunaan dalam kad tu tulis "dan pasangan". Bukan nye niat nak limitkan tetamu atau double standard. Cuma tak nak jemputan melebihi bilangan yang dah deal dengan katering.

5. Gunakan media sosial.

Zaman sekarang kan canggih. Guna je facebook untuk create event. Tapi sebelum tu elok lah kalau tapis dulu kawan-kawan yang dasar atas angin kat facebook tu. Ni untuk mereka yang main approve je sape-sape.

6. Sentiasa ready kad kahwin dalam beg.

Kenapa? Kalau tiba-tiba terjumpa kat shopping mall ke, senang. Boleh bagi je. Jimat duit setem. Setem mahal woo. T.T

7. Jemput time pergi kenduri orang lain.

Yang ni bijak sikit. Hihi. Selalu kan time kenduri kawan ada mini reunion kan? Hah. Jemput lah time tu.

Rasanya boleh lah kot 7 tips ni. Nak lebih-lebih kena tunggu Aini habis menjemput dulu. Huhu. Have a nice planning :)


No comments:

Post a Comment