OhMyIklan

Thursday 6 March 2014

9. Panduan/Cadangan Menghias Bilik Pengantin (Special Requested)


Post ni special requested by bride-to-be E-la Adiey. Semoga dapat membantu awak ye :) And harap dapat membantu orang lain jugak. Ramai orang selalu pening kepale muntah, cirit birit memikirkan hiasan bilik pengantin. Kalau tempah bridal, ada yang caj sampai RM200++ ke RM300++ padahal hiasan secoit tet je. Ni ada design contoh sikit.

Simple. Very Simple. But, less is more. Right?

Ni contoh tabir je. Selalunya orang hias tabir je. Yang lain-lain tu just kemas cantik-cantik. Even tak tukar perabot pun, kalau hias cantik-cantik dah wow da. Jom cekidaut : Aini bahagikan hiasan tabir tu kepada kain tabir, tanglung, kertas kipas+bunga dan love paper crepe. Kredit to semua yang Aini link kan dalam post ni. 

1. Kain Tabir

Tabir tu ikut masing-masing punya taste la kan nak kaler pe. Tak payah nak beli-beli lain la. Pakai je langsir lama, kain lebih-lebih yang lebarnya dan panjangnya sesuai. Dari dibiar berlumut dan berkulat, time ni la korang nak show off yang rumah korang banyak langsuir langsir kan. Tips : pastikan lebar langsir 2x ganda lebar katil. boleh buat kedut-kedut and nampak flowy. Nampak lebih gah dari nampak macam jemur selimut je belakang tu kan.

Kalau buat dua jenis tabir,  korang boleh selit sana sini, ikat sana sini sunu. Yang tu boleh ikut kreativiti sendiri. Kat sini ada beberapa contoh tabir dan fesyen-fesyen nya yang korang boleh kopi dan teh. Kredit to : pakcik Google dan owner asal gambar ni.

cool jugak. lebih kurang je.

pun simple. Tapi berbunga-bunga u olls.

yg ni versi langsir cantik.


2. Tanglung

Anda anda anda boleh guna pape je yang konsepnya gantung contohnya tanglung, bunga gantung, hand bouquet terpakai dan paper yang kiut miut. Gantungkan guna reben, ikat elok-elok, then gantungkan. Cabaran utama ialah nak bagi balance sebelah kiri kanan. Ni la masa untuk menggunakan khidmat tambahan iaitu penasihat deko (pun boleh).

contoh tanglung yang kaler maler colourful

yang ni contoh tanglung yang tak bukak lagi. Macam la korang tak kenal kan.


3. Kertas kipas+bunga

Tahun 2013 memang hit hiasan ni. 2014 tak sure plak. Macam da suam-suam kuku. Ingat lagi time raya tahun lepas design ni  masuk program 'Helo bro...Tolong Deko' by Dafi and Farish. Actually, tak tau sangat nama ikut ic nya. Sebab blogwalking blog ni, lain nama, yang lain, lain jugak namanya. Macam mana nak buat? Cekidaut :

cool kan. cute jugak. boleh letak kat pelamin.

lagi banyak warna, lagi naik. lagi2 kalau striking.

pastel colour yg agak ohhhhsemm

Google gambar cara nak lipat-lipatnya, tak jumpa. Maka, kalau nak tengok cara-cara nak lipat kertas sampai jadi macam dalam gambar tu. Sila jengah di sini ye untuk description.

4.  Love crepe paper

Bunyi cam gah kan. Tapi biasa-biasa je sebenarnya. Kalau korang ada lebihan kain yang dah tak guna, gunting bentuk love cantik2. Kalau nak bagi sama kiri love dan kanan love, lipat dulu (macam ajar adik yang darjah 5 je).

mula-mula nak buat banyak tu bunga kat tengah. Tapi tak cantik pulak.


Crepe paper pun memang trending last year. lagi-lagi buat bunga cam ni. ada yang buat bunga telur. Memang rajin sesangat la kan. Aini buat 2,3 pun lenguh tangan. Tapi kalau ada banyak tangan yang membantu ok la kot. Kalau buat sorang-sorang, pastikan korang tak tengok depan citer spongebob, kang tak jadi nak buatnya. Jom tengok macam mana nak buat bunga guna crepe paper ni :

credit to : blog nisa dawi


Lekat kan dengan berhati perut berhati hati pada love tadi. Kalau nak guna double sided tape, pastikan lekat elok-elok. Tapi sincerely, better jahit. Tak risau jatuh-jatuh. Masa nak lekatkan kat tabir, guna jarum pun dah ok. Sematkan elok-elok, comel-comel gitu.

Ok lah. Sekian cerita pasal mcm mana nak hias tabir. Jom tengok kos pulak :

Tabir : Sendirian Berhad 
Riben : RM2
Tanglung : 6x RM2.50 = RM15
Kertas warna : 1 paket colur striking = RM4.50
Double sided tape/gam = Max RM2.50
Crepe paper = 6x RM0.80 = RM4.80 (Ni kalau kat tg malim, kat tempat lain lebih RM1 kalau tak silap)
Kain love = Sendirian Berhad. Tapi in case nak beli, beli kain murah je, yang keras 1meter = Max RM5
Jarum peniti = RM1.50 beli kat Mydin

Total : Max RM35.30. Mungkin boleh paw syiling dari adik-adik 30sen tu. So, sila keluarkan bajet RM35. Ni maximum taw. Kalau korang ada kain love, kertas warna, jarum peniti, jimatnya botingkek-tingkek lagi. Kalau bridal caj RM 300, korang dah dapat diskaun almost 90%. Nak pakai sekejap je kot. Lain la kalau korang boleh sewakan.

Harap post ni dapat membantu E-la Adiey dan kawan-kawan Bride to be yang lain. Happy sharing :) ps : tenkiu E-la ye atas pertolongan tadi. Hehe.

Cekidaut our next post : 10. REVIEW : Craft Felt Comel dan Murah

update 5/12/14 : sorry ada gambar tak boleh bukak. Aini pun xtaw kenapa :(

2 comments:

  1. wahh..rjinnye wat panduan..hehe..1st time singgah cni..salam kenal dri b2b :)

    ReplyDelete
  2. Salam kenal ayue..hehe nak buat yg sendiri lmbt lg.so tlg org2 lain je dulu..singgah selalu ye.

    ReplyDelete