OhMyIklan

Monday 10 March 2014

10. Review : Kraf Felt Comel Dan Murah

Assalamualaikum, hai readers! Kali ni nak iklan sikit. Selalu pening kepala kan dok pikir-pikir nak bagi apa kat tetamu, nak letak apa kat photobooth, nak bagi apa kat bridesmaid, moh le kita sama-sama ngushar Kraf Felt Comel dan Murah ni! Pemilik KFCM ni ialah Cik Adlina. Hasil tangan beliau memang tip-tap-tup-tep-top! Jom tengok ni :

Keychain 1 side : RM2/pcs . Kalau order laju-laju sampai 20pcs, boleh dapat RM1.50/pcs.

Meletop kebabom kan. Huhu. Siap ada nama lagi. Sesuai kalau nak bagi kat bridesmaid sebagai tanda terima kasih menemani hidup semasa anda bujang.

keychain 2 sides : RM 2.50/pcs. Pun kalau order laju-laju sampai 20 pcs boleh dapat harga RM2/pcs. Gantung kat beg, biar semua orang taw nama korang.










keychain love size 3 inci : RM3/pcs. Yang ni bentuknya macam jantung anda yang anda lukis masa kecik-kecik dulu. Ya! Aini pun tertipu. Ingat bentuk macam tu dalam tubuh badan ni.


 Ps : Anda boleh custom made sendiri ye nak kaler ape, order je. Kalau nak request bentuk-bentuk sendiri, sila bagitau tuan punya badan. PM mukabuku beliau.

Gantung kat kereta/lori/van/JCB : RM6/pcs.





Kalau order banyak-banyak, dapat murah. Tapi tak pasti jugak berapa RM. Yang ni sesuai dijadikan doorgift VIP atau VVIP atau tak kisah berapa V dan IP. Disamping menabung di dunia, kita boleh menabung untuk akhirat jugak kan.

Bookmark : RM2/pcs. Kiut miut bookmark ni. Sesuai untuk apa-apa aje.


T-shirt : RM0.80/huruf. Yang ni betul-betul superb. Kalau ada tenaga kerja yang bekerja keras untuk majlis anda, apa kata hadiahkan mereka T-shirt ni. Also custom made! Baju tak provide ye. Tapi kalau nak Adlina sediakan baju, pun boleh. Harga lain citaaaa. Tengok baju ni dapat idea la pulak. Wahai encik Ridzuan yang penyayang, kita tempah baju tulis-tulis mcm ni utk pre-wed atau post-wed nanti nak?



Bantal : RM25/pcs. Sepasang : RM45. Tengoklah design-design ni. Sesuai nak letak dalam bilik pengantin dan jugak photobooth. Nak hadiahkan kat bakal pengantin pun boleh.



Bagi yang nak order, boleh PM di sini ye. Postage macam mana pulakkkk? Postage bergantung pada kuantiti, Selalunya keychain RM6 untuk pos laju. Bantal RM10 untuk pos biasa. Kalau nak request barang-barang lain pun boleh ye. Contohnya brooch, sarung handphone. Masa untuk order anda disiapkan bergantung kepada kuantiti. Tangan yang membuat cuma dua. Semoga bisnes Kraf Felt Comel dan Murah akan terus sukses hendaknya. Amin. Gambar kredit to KFCM.

Amacam? Dah ada idea untuk photobooth korang? Happy sharing.
Ps : Kalau nak iklan kan perniagaan anda di blog yang tidak seberapa ni, sila emailkan ke wanainiashikin@gmail.com.

Check out our next post : 11. Mana Nak Pilih? Pakej Bridal atau Bukan Pakej?

update 5/12/2014 : sorry gambar banyak tak boleh bukak :( kenapa eh jadi mcm ni?

No comments:

Post a Comment