OhMyIklan

Monday 3 March 2014

7. Karnival Pengantin Kuantan Parade

Assalamualaikum. Hai. Seminggu terabai blog ni. Preparation untuk interview SPP kunun nya.. Alhamdulillah,  semuanya lancar. Sempga berjaya ye kawan-kawan AT48 especially LINDA & FARHANA (I taw u olls baca post ni) and good luck SYIRA (confirm baca jugak) untuk interview esok :) semoga semuanya berjalan selancar yang mungkin. Terabai jugak Mr Ridzuan untuk sementara waktu. Tapi diri ini tak pernah diabaikannya. Sekali lagi, Alhamdulillah.

Back to the top. Karnival Pengantin dah berlangsung di Kuantan Parade pada 14 Februari - 16 Februari 2014. Actually tak sure karnival pengantin ke karnival perkahwinan ke apa ntah namanya. Tapi pasal kahwin la. Aini dan Ridzuan berkesempatan pergi ke karnival tu hari Ahad, 16 Februari (daddy's birthday). Thank you Ridzuan temankan. Masuk-masuk je dah nampak pelamin yang gah serupa itu ariana rose.




Pergh. nak buat pelamin ni je kat rumah Aini dah penuh dari ruang tamu sampai dapur. Boleh bagi satu kampung bersanding. Tak payah risau mana orang-orang lain nak duduk, tumpang atas pelamin je. Mood menggatal kejap : kalau kitorang ada atas tu berdua je sama macam semut atas sekilo gula ataupun sebutir gula atas setengah kilo gula. Walaupun pelamin atas ni gah, seriusly takde terdetik pun dalam hati nak pelamin cmni.

Jom cekidaut gambar-gambar sikit. Sony Xperia Neo L ku punya kamera tak lawa mana. Mungkinkah perlukan DSLR sebagai hantaran? Kwang-kwang-kwang so.




Walaupun nampak mcm ramai, tapi sebenarnya takdelah ramai mana pun. Antara booth-booth yang ada kat sini :

1. GENDIK EMAS COUTURE
2. DJ MFJ
3. HAZER BRIDAL COLLECTION
4. EMPIRE CREATIONS
5. DE' VHS COLLECTION
6. SUE EXCLUSIVE BRIDAL

Dan lain-lain. Yang ni je sempat grab flyers hari tu. huhu. Bukannya tak linkkan booth-booth ni dengan facebook, instagram, tapi kalau search, senang je jumpa. Actually, kad kahwin pun banyak jugak time ni. Tapi memandangkan belum plan lagi utk kahwin, pandang sebelah suku mata je la. Maksudnya Aini pandang sebelah mata, Ridzuan tak pandang langsung. Jom cekidaut apa pandangan kami untuk Karnival ni. Of course ada yang ok, ada yang tak berapa ok de amor. Yuk, bacain.

POSITIF

1. Kalau tengok flyers-flyers nye memang dah cukup. Banyak info, siap dengan quotation price.Tak payah nak tanya banyak-banyak.
2. Harga. Kalau nak ambil pakej, mungkin boleh consider. Tapi kalau nak amek satu, satu, memang mahal adik akak oi. MAHAL SANGAT. Trust me! Harga nak amek satu satu mau 5x ganda harga pakej. So, kalau datang mana-mana festival, karnival, grab pakej sahaja! Pakej tu kalau lengkap lagi bagus. Tanya terus free gift nye (nak free ajeee).
3. Banyak pilihan. Walaupun ada tak sampai 10 bridal, memang mambang rambang mata. Boleh compare, pilih yang mana berkenan.

NEGATIF

1. Ruang banyak kosong, tapi booth kecik. Janganlah sediakan 3 kerusi je depan booth tu. Jangan ingat customer nak beratur tunggu turn.
2. Tidak mesra customer. Ni almosttttt! tapi tak semua. Janganlah dok borak je bila ada customer datang. Takde masalah kalau sure tak sure quotation harga, tapi senyum lah sikit at least, sapa customer.
3. Rasa mcm ada dalam muzium, bukan karnival. Kenapa? Sebab time tu lah fotografer-fotografer and bridal-bridal nak sediakan orang, baju, untuk photoshoot bagai. Menyesakkan je. Tak payah lah nak update fb, ig bagai kalau servis kiookkk.

Bukanlah nak terlalu negatif. Tapi ni cuma pandangan kami je :) Simple nasihat : Jangan lepaskan peluang pergi karnival-karnival, survey, tak pegi, tak tau kan... Grab info banyak-banyak. Senang untuk panduan diri sendiri. Jangan lupa jugak untuk tanya transport charge. Sebab kadang-kadang ada vendor murah, charge mahal gilakkk. Happy deciding :)

ps : takde satu pun berkenan. Jangan lupa cekidaut next post : Anjuran Bertunang.

***update 5/12/2014 : maaf, gambar tak boleh bukak.tak tau kenapa :(***

No comments:

Post a Comment