OhMyIklan

Wednesday 18 June 2014

49. Review : My Inspiration Bridal

Assalamualaikum, readers! Dah sebulan ++ majlis pertunangan Aini baru terkedek-kedek nak review. Hentikanlah kemalasan tu Aini oi. Terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi jawab survey Aini di atas ni. Bila orang cakap : lamo gilosss. Aini pun pikir, kan MEGA. hihi. Lagipun survey mesti merangkumi jumlah responden yang ramai sebab kalau tak, Dr. Faizal (lecturer thesis Aini kat UPSI) reject. Again, thank you :)

Back to topic, hari ni Aini nak belanja makan review My Inspiration Bridal. Untuk pengetahuan anda, pelamin Aini masa tunang hari tu amek ngan My Inspiration Bridal. My Inspiration Bridal ni dikelolakan oleh Ain. (nama lebih kurang). Berpusat di Pekan, Pahang, My Inspiration Bridal turut cover kawasan sekitarnya. Kawasan sekitar tu tang mana, tak sempat lah nak kepoci. Mungkin anda b2b di luar sana boleh tanya Ain sendiri nanti. Jom layan pakej-pakej yang My Inspiration Bridal ada untuk tahun 2014. 2015 nanti mungkin berbeza tidaklah ku tahu.


cool kan?

Sejujurnya Aini lebih tertarik dengan pakej Standard tu. Hihi. Oh ye, ni pakej kahwin. Kalau untuk bertunang, pakej bermula dari RM500-RM700. Ain ni sebenarnya bride-to-be jugak. Maka, beliau lebih memahami kehendak pengantin. Semua pengantin nak nampak cantik kan?

Jom kita layan beberapa gambar koleksi terkini dari My Inspiration Bridal :









Meletop top top kan? Nak gunakan khidmat My Inspiration Bridal? Ada sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan? Jangan segan-segan untuk PM Ain di facebook beliau atau tekan 'LIKE' di facebook My Inspiration Bridal. Semoga My Inspiration Bridal terus berkembang di masa akan datang. InsyaAllah, Amin...

ps : InsyaAllah, Aini akan update lagi koleksi My Inspiration Bridal. Stay tune readers!

Check out our next post : 50. Personal Review : My Inspiration Bridal.

update 11.12.14 : maaf, gambar tak boleh view :(

1 comment:

  1. semoga dipermudahkn..nnti akak share la ye..kos dr tunang+nikah+majlis resepi tu..hehe..

    ReplyDelete