OhMyIklan

Wednesday 25 June 2014

51. Perlu Ke Kerusi Untuk Majlis Bertunang?

Assalamualaikum, hai readers! See the title? Kerusi ni antara salah satu elemen utama pelamin. Ramai orang confuse (termasuk Aini) tentang kerusi time majlis bertunang. Perlu ke? Masa mula-mula tu dah terniat yang Aini nak kerusi untuk pelamin bertunang atas sebab-sebab tertentu. Memanglah tak nak majlis seglemer majlis bertunang Erin Malik tak pun Fauziah Ghous dolu-dolu, tapi nak jugak kerusi tu. Hihi. Jom Aini share kenapa anda perlu dan tidak perlu kerusi.

Kenapa perlu kerusi?

1. Kerusi tu perlu jika bakal mak mertua anda atau sesiapa yang menyarungkan cincin di jari anda nanti ada masalah pinggang ke bawah (lutut, kaki dsbg). Kesian tau mereka kena duduk bangun duduk bangun duduk. Kita sebagai yang lebih muda mestilah kena faham kan? Ni pun salah satu cara nak ambil hati bakal mak mertua gitu. At least, kalau ada kerusi, selesa sikit untuk sesi sarung menyarung, peluk memeluk kan? Kerusi tu pulak janganlah terlalu rendah or terlalu tinggi. Takut nanti lagi menyusahkan pulak.

2. Kerusi tu perlu untuk mengelakkan baju anda berkedut dengan dahsyat atau untuk show off hiasan di baju anda. Jujur kan? Hihi. Tapi sebenarnya kalau anda pandai jaga, duduk dengan sopan sambil mengekalkan ke'sting'an baju tu, ok je. Kalau yang kainnya beropol-ropol, berbunga 3d macam pokok bunga atau manik kasar-kasar, kena tahanlah sikit. Takut sakit kalau duduk lama-lama.

3. Kerusi tu perlu kalau anda tak nak perkara yang tak diingini terjadi ketika duduk bersimpuh. Seriusly, kalau boleh duduk bersila je, Aini sanggup tak guna kerusi. Hihi. Takut terselak-selak ke ape ke, baiklah guna kerusi.

4. Kerusi tu perlu jika ruang terlalu kosong-kosong-kosong. Jika anda meminimakan hiasan pelamin atau pelamin anda jenis besar, bukan mini, perlulah kerusi tu. Nanti nampak pelik pulak kan tabir tinggi-tinggi, tunangan orang nya cinonit je duduk kat bawah tu.

5. Kerusi tu perlu untuk bagi effect, ilusi mata, especially kepada tunangan orang yang comel, cute a.k.a rendah sikit. Tapi sejauh mana ianya berkesan, Aini tak tau lah ye :) Pernah baca kalau tunangan orang tu agak rendah, boleh duduk atas kerusi bagi nampak tinggi sikit. Mungkin boleh try.

Kenapa tak perlu kerusi?

1. Tak perlu lah kerusi kalau anda takde pelamin. Kalau tetiba ada seketul kerusi khas untuk sarung cincin, mcm pelik je. Ada yang nak try?

2. Tak perlu kerusi sekiranya ruang pelamin sempit. Selalunya untuk bertunang ni orang buat mini pelamin kan? Bolehlah anda pikir-pikir dulu keluasan pelamin tu. Nanti penuh pulak platform tu dengan kerusi je. Takde ruang untuk hiasan-hiasan lain. Tapi kalau memang tak nak hiasan, nak fokus tabir je, just go with the flow.

3. Tak perlu kerusi sekiranya kerusi yang diofferkan kepada anda sangat gah ala-ala cleopatra gitu. Agak tak sesuai untuk majlis pertunangan. Kalau bersanding, ok. Pastikan anda setel awal-awal, confirmkan nak kerusi jenis mcm mana ok?

4. Tak perlu kerusi jika anda confident bahawa anda akan cemerlang duduk bersimpuh, salam, peluk cium semua tanpa penggunaan kerusi. Just be your self.

Dah tak jumpa point lain. Mungkin b2b semua boleh tambah, dialu-alukan. Satu je pesanan atau tips dari Aini bagi mereka yang inginkan penggunaan kerusi untuk pelamin bertunang. Pastikan platform tu kukuh apabila anda+bakal mak mertua+kerusi ada kat atas tu. Aini faham ramai b2b nak pakai kerusi, tapi was-was. Takut nanti jiran mengata la. Cakap over la. Lantak je. Be confident. Entah-entah esok lusa anak cucu diorang bertunang, guna kerusi jugak. This is your day. Buatlah mengikut kehendak hati anda. Yang penting, jangan sampai menyusahkan dan di luar kemampuan.

Nak tepek lagi sekali gambar pelamin Aini :


Ni pulak hasil sesi soal jawab dengan pakcik google : kredit : semua :)




Confident aje ye :) Good luck bakal tunangan orang semua :)

Check out our next post : 52. Review : SedetikLebih Photography.

2 comments:

  1. hehe..setuju sangat bab kalau konfiden sangat bertunang tanpa kerusi, go on je. Fiza hari tu bertunang takda pelamin. So..memang duduk bersimpuh sopan dengan jayanya. hehehee Tak sabar nak tengok Aini bernikah ni. ^^

    ReplyDelete