OhMyIklan

Tuesday 11 March 2014

11. Mana Nak Pilih? Pakej Bridal atau Bukan Pakej?

Assalamualaikum. Hai readers. Netbook Aini rosak (actually adik yang punya). Update still update. Takut tak terkejar 3 posts seminggu. Selalu pikir and kagum dengan blogger-blogger setia dengan blog mereka. Update tiap masa. Kadang-kadang sehari sampai 3 posts. Mesti masyuk kan! Oklah. Back to topic.

Untuk bertunang, anda boleh pilih sama ada nak gunakan bridal yang berpakej atau asing-asing atau mix method (macam wat thesis pulak!) Semuanya terpulang pada hati dan poket anda. Jangan ikut kan hati sampai di luar kemampuan anda. Pesanan ini untuk diri sendiri dan anda jugak. Jom kita tengok kenapa anda perlu pilih pakej bridal dan bukan pakej.

Option 1 : Pakej Bridal

Kalau untuk tunang, selalunya pakej bridal include baju sewa, 1x make up, aksesori, mini pelamin (option) dan photographer(option jugak).

1. Murah dan jimat. Ternyata kalau anda amek pakej, murahnya berganda-ganda! Berbanding jika anda amek baju kat bridal lain, pelamin kat bridal lain, harganya mungkin 2x ganda pakej tu. Alasan utama kan untuk amek pakej bridal.

2. Mudah. Tak banyak yang kita perlu pikir. Sebab dah amek dengan orang yang sama kan. So lepas briefing nak baju, pelamin sekian-sekian, boleh tidur lena berdengkur. Bila nak buat preparation pun, tak ramai orang serabut-serabut kat rumah anda.

3. Cepat. Kenapa cepat? Pekerja-pekerja bridal akan uruskan dari A sampai Z. Takde lah korang dok tunggu-tunggu banyak bridal sampai. Korang pun tak perlu survey-survey bridal lain. stuck stick pada satu bridal je.

Option 2 : Bukan Pakej Bridal

Kiranya ni anda beli baju sendiri, sewa pelamin and make up dengan orang yang lain-lain.

1. Pilihan lebih terbuka. Mungkin bridal A offer pelamin yang lebih cantik dari bridal B. Tapi, bridal B offer baju lebih meletup dari bridal A. Jadi, anda gunakan khidmat 2 2 bridal. Pilihan di tangan anda kan?

2. Boleh review dan bantu lebih ramai orang. Review tu khas untuk Aini. Hehe. Kalau tak amek pakej bridal ni, boleh bekerjasama dengan lebih ramai orang. Rezeki pun boleh dikongsi-kongsi kan?

3. Kalau ada yang silap, boleh back up. Actually tak tau nak cerita camne. Ok. Aini bagi situasi : bridal A dah buat anda mengamuk sebab baju kecik menampakkan lemak berlapis-lapis ataupun terlalu gedabak sampai boleh buat jubah konvo, secara tidak langsung pelamin dan make up dari bridal A untuk anda akan jadi tak segah yang anda rasa. Kalau ada bridal B dan C jugak, mane taw diorang boleh tolong sikit-sikit kan.

Pilihan Aini? Aini tak amek pakej bridal. Sebab berkenan baju, veil, pelamin dari lain-lain tempat. Lagipun, hajat di hati nak beli baju dan veil tu, kemudian nak sewakan murah-murah. InsyaAllah. Setakat ni planning dah ada. Semoga semua urusan dipermudahkan. Harap readers doakan Aini dapat berkhidmat sebagai guru area dekat-dekat je. Senang nak setelkan urusan bertunang ni. InsyaAllah.

Ps : Doakan keselamatan MH370. Kalau ada bride-to-be nak request post lagi, jangan segan-segan bgtau ye. Email kan je kat wanainiashikin@gmail.com

Check out our next post : 12. Mini Give Away : Kraf Felt Comel dan Murah & Oh My Wedding.

2 comments:

  1. Kita pun tak ambil pakej sebab takde bridal yg berkenan..kalau ade pun its a bit pricey, bila calculate balik kalau asing2 pun bole dapat murah tapi kena buat research sikit la..n one more thing seeloknya pilih vendor yg ada review bagus..supaya majlis berjalan dengan lancar InsyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...miss Hidy tak amek pakej sebab takde bridal yg berkenan ye?Aini pun same..tapi x ushar2 sgt sbb da berkenan baju dr awal...hehe..yg penting puas hati sendiri.

      Delete