OhMyIklan

Monday 31 March 2014

16. Hantaran. Nak bagi apa ni?

Assalamualaikum wbt n selamat sejahtera. Hantaran ni antara yang wajib sunat muakad disediakan untuk majlis pertunangan. Ada banyak hantaran yang kita boleh bagi pasangan kita dan pasangan kita bagi kat kita. Antara yang paling awal Aini pikir ialah hantaran (jujur gile). Banyak hari jugak pikir nak bagi apa. Akhirnya ikut cakap mummy tersayang. Huhu.

Berapa hantaran nak bagi?

Selalunya ni atas keluarga. Ada yang bagi banyak masa tunang, masa kahwin bagi sikit je. Ada jugak yang sebaliknya. Yang mase kawen dan tunang banyak-banyak pun ada. Tak kisah la berapa berapa pun pilihan anda, pilihan kami 7 - 5. Tujuh dulang Aini bagi Ridzuan, lima dulang Ridzuan bagi Aini. Selalu wondering kenapa perempuan bagi extra dua kat lelaki? Ikut adat...

Kenapa 7 - 5?

Rasanya dah affordable dah tu. Tak payah buat banyak-banyak. Simpan masa kawen nanti. Lagi pun bak kata mummy, selalunya time bertunang ni hantaran tak glemer-glemer.. Maksudya bukan perfume, hand bag, kasut. Dalam erti kata lain, hantaran yang biasa-biasa je. Yang tak perlu gubah beria-ia.

Apa yang Aini nak bagi Ridzuan?

1. Sirih. pening jugak pikir sirih ni. Nak cari sirih palsu kat Kuantan ni kat mana ye? Harap-harap mummy izinkan. Ehem.. Kalau Ridzuan nak tumpang sekaki, sila lah bgtau.

2. Sejadah. Dah beli awal dulu. Huhu. Semangat. Beli kat mydin je. Banyak pilihan. Dan sejadah tu Aini yang pilih instead of Ridzuan. Semoga lepas kita bertunang, Ridzuan guna sejadah tu, saham pahala pun Aini dapat. InsyaAllah.

3. Tuala. Standard la kan beli towel "Selamat Bertunang". Harap-harap Ridzuan tak malu nak guna. Huhu.

4. Kain baju melayu. Actually, tak tau sangat nak pilih kain macam mana. So, haruslah bawak Ridzuan sekali masa pergi beli kan. Actually bagi kami yang selama ni pakai baju da siap je, pernah terfikir nak bagi baju melayu da siap. Haish. Harap-harap mummy tak baca post ni.

5. Buah-buahan. Nyum-nyum-nyum. Memandangkan perjalanan family Ridzuan nanti lebih kurang sejam ke rumah Aini, bolehlah mereka menikmati buah-buahan tu dalam kereta. Antara sebab memilih buah-buahan ialah tak perlu digubah beria. Nak bagi buah apa ea? Durian?

6. Coklat. Jeng-jeng-jeng. Mesti Rayyan dan Afiq Fitri (both of them are Ridzuan's nephews) seronok guling-guling. Honestly tak fikir lagi nak bagi coklat ape. Tapi harap-harap mereka ngap aje.

7. Kek. Kek ni antara yang beli last minit kan? Actually lebih suka yang boleh prepare awal-awal. Cupcake boleh diterima tak? Kek ni simple. Tak payah hias cantik2. Letak je atas alas hantaran tu terus jadi cantik. Lagi-lagi kalau tengah lapar.

Apa yang Ridzuan nak bagi Aini?

1. Sirih. Ni cam mesti ada je kan. Ada sape-sape yang tak bagi sirih tak? Kena bagi anak cucu dia sekali kan? Cam kapur, pinang bagai. Memandangkan family Aini takde yang makan sirih tu, tak kisah lah nak bagi yang betul ke yang tipu.

2. Kain pasang. Mummy cakap kain pasang ni nanti wat baju pakai masa majlis khatam quran tahun depan, InsyaAllah. Baru plan nak pakai raya tahun ni. :(

3. Cincin. Cincin ni mesti lah ada kan. Tapi ada jugak yang pegang je cincin ni. Tak letak kat hantaran. Suka hati jantung masing-masing lah.

4. Kek. Kek ni tak sure lah akan dapat ke tak. Tapi kalau dapat, nak flavour coklat. (Saya tau awak baca) Tak malu kan? Hehe.

5. Buah-buahan. Kalau ada rezeki, Ridzuan akan hantar buah-buahan kat Aini. Tak perlu lah pergi Cameron atau Genting semata-mata nak petik strawberi ye.

Simple kan? Untuk hantaran, Aini buat sendiri je. Tak kisah la orang lain cakap cantik ke tak. Asalkan buat dengan kasih sayang. Cehwah. Nanti Aini story-story lagi ye pasal hantaran ni.

Tepek 1 gambar antara hari-hari yang terindah dalam hidup Aini.


my konvo day.
Di kesempatan ini, Aini nak mengucapkan Selamat Bertunang buat my beloved Charmine Nashira (bff time matrik). Teringat lagi, Aini dulu yang bgtau Charmine nak bertunang, rezeki Charmine sampai dulu, beliau bertunang awal sebulan++ dari Aini. Semoga korang sweet-sweet selalu. 


Cekidaut our next post : 17. Perlu ke photographer untuk bertunang?


2 comments: