OhMyIklan

Friday, 10 October 2014

77. Tips Memilih Tarikh Perkahwinan

Assalamualaikum, hai readers! yeah. Akhirnya jom kita sharing-sharing tips memilih tarikh wedding. Setiap orang ada pandangan sendiri tentang tarikh kahwin ni. Sebab tu takde orang main rembat je tarikh mana-mana. Check this out bebeh :

1. Cuti hujung minggu

Standard lah kan orang buat kahwin-kahwin ni masa ujung minggu. Kalau buat weekdays kompem kene mengumpat punya. Heh.Tapi kalau cuti sekolah lain cerita lah ye. Kenapa cuti hujung minggu? Sebab masa ni je takde cerita filipina yang makcik-makcik suka tengok tu. Tapi sorry ye makcik-makcik, tak dapat tengok melodi.

2. Cuti sekolah

Kalau saudara mara korang sumenye sekampung atau duduk kat depan tangga rumah korang je, sila abaikan tips ini. Masalah the problemo nya bila saudara mara jauh-jauh. Macam Aini, ada dari Selangor. Maka, memang pilih tarikh cuti sekolah. Kalau tak cuti yang lama pun, prefer tarikh yang cutinya 3 hari direct, contohnya : jumaat, sabtu, ahad. atau : sabtu, ahad isnin.

3. Cuaca

Semua orang tahu yang hujung tahun musim hujan kan? Sebenarnya, hujung tahun adalah ... apa ntah pasal monsun-monsun tu dari arah pantai timur. Sila google. Maka, amatlah tidak digalakkan sekiranya anda lebih-lebih lagi yang duduk di pantai timur untuk buat kenduri masa hujung tahun. Tapi, kalau nak buat kat hotel tu kira ok sikit kot sebab tak kena hujan. Tapi takut mak andam tak dapat datang sebab jalan tutup banjir. Apa kesss? Tapi, kalau korang nak try berarak naik perahu ke sampan ke bot jpam ke, sila la ye :)

4. Tarikh cantik

Motifnya senang nak bagi semua orang ingat je. Haha. Ramai orang yang prefer tarikh tetap cuti, contohnya merdeka, 1 malaysia, hari pekerja. Kebaikannya, korang cuti tarikh anniversary tu. Boleh celebrate! Makan-makan ke. Yeay! Ada yang pilih sama dengan happy besday to me. Suka hati lah kan. Part tarikh cantik ni nak promote untuk tahun depan : 1.5.15. cantik dan cuti. ps: tapi ni bukan tarikh Aini.

5. Persetujuan bersama

dalam banyak-banyak tips, tips ni yang paling penting. Jangan syok sendiri memilih tarikh. Pastikan tarikh tu mendapat persetujuan bersama dengan pasangan, family pasangan dan mereka-mereka yang berkaitan. Semoga usaha yang kita buat mendapat rahmat dan berkat.

Untuk Aini dan Ridzuan? Tarikh nya dah ada tapi tak tau akan berubah ke tak. Selagi kalendar tahun depan belum keluar, dah boleh stick pada tarikh tu kot :) InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment