Assalamualaikum, hai readers! Kali ni nak story mory pasal hadiah Spanx yang Aini dapat sebab menang contest anjuran Shakina Farhan, b2b blogger dari Journey of B2b. oppss... ex-b2b okeh? Dah dua anak pompuan yang super duper comel. Sejuk perut mak mengandung. Aini bagi alamat sekolah untuk diposkan. Yes! 2 hari berturut-turut posmen tanya pejabat "kat sini ada pekerja nama Aini ke?" dan setakat 3 bulan kerja dah 3 parcel nama Aini sampai kat pejabat sekolah. Pekerja yang baik!
1st of all, sorry naik lori ye sebab memang terlupa tak sempat nak snap gambar spanx dalam pos laju tu. Alahai, bukan nye korang tak tau rupa bungkusan pos laju, sila google. Sama je rupanya. Oleh sebab sangat excited, dalam kereta dah bukak dah bungkusannya. Hahaha. Meh belanja seketul gambar spanx yang Aini dapat :
tu dia. sila jangan bayangkan model tu ialah Aini. jauh pinggang panggang dari api
Masa mula-mula sampai tu, Aini pikir, "muat ke?" "tak kecik ke?" dah kalau longgar, makin menternak lemak la kan? cerdik punya budak. Ni frequently asked question rasanya dari pengguna yang baru nak berjinak-jinak macam kucing baik menggunakan spanx ni :
bila nak pakai spanx ni?
pakailah masa pergi kerja, memakai kebaya, dress, suka hati limpa korang lah. TETAPI tidak digalakkan untuk memakainya pada waktu malam.
cara nak basuh spanx?
kene get ready softener contohnya downy, softlan, jangan korang gi hentam clorox tak pon joy pulak. Kalau takde, sila pergi beli ye. caranya cuma celup melup pelup, angkat dan jemur. semudah 1,2,3.
cara nak pakai spanx?
kena pakai dengan cara yang lemah lembut sopan santun macam pompuan melayu terakhir, kira korang lah pompuan yang terakhir sekali. selain meningkatkan saham diri, ianya juga dapat menjaga spanx tersebut daripada terkoyak kalau tarik ganas-ganas.
cara nak beli spanx?
hah. ini soalan paling mudah, terjah je Kerry's Blogshop. Nanti anda akan dilayan dengan mesra oleh owner blogshop :)
ada pantang larang penggunaan spanx?
ADA. setiap spanx ada saiz tersendiri. kita perlu inform kan kita punya berat dan tinggi baru penjual akan bagi saiz yang sesuai ntok kita. jangan memandai-mandai nak share share ye. nanti ketat terlebih jangan saman OHMYWEDDING.
So far guna Alhamdulillah. Tunggu lagi sebulan baru Aini review ok?
ps : sila terjah link di atas & selamat hari raya aidiladha.
No comments:
Post a Comment