OhMyIklan

Friday, 24 October 2014

82. Misi Mencari Doorgift Untuk Ahli-ahli Blok Bermula.

Assalamualaikum, hai readers! Memandangkan checklist Aini lain sikit dari b2b yang lain, Aini kena prepare dari sekarang. Mula-mula aim masa cuti sekolah nak pulun buat semua. Tapi pikir-pikir balik, tak boleh ni. Haha. Maka, kita mulakan misi mencari doorgift untuk ahli-ahli blok. *yabedabedu* Memandangkan kenduri nanti menggunakan konsep rewang, sumbangan tenaga dan keringat dari ahli blok sangat diperlukan. Dan ini je cara terbaik untuk Aini bagi penghargaan atas semua usaha yang dicurahkan :)

Actually, konsep bagi doorgift special untuk ahli blok dah mula sejak zaman penjajah dulu lagi. Masa kakak Aini kahwin, mak bagi set gelas+jag air made by Syarikat Menang Glassware Sdn Bhd *sila bagi loyalti kat mak Aini wahai Syarikat Menang*. Memang best lah kan, harga pun not too bad. Bila Aini cakap : bagi lah jag air+set gelas jugak. Mak reply : takkan nak bagi benda yang sama. And I was thinking, you are right mom!

Memandangkan tak lama lagi Year End Sale (YES), maka, Aini tak nak beli lagi apa-apa barang. *poyo* kita tunggu YES lah ye :) Tapi pape pon, kena buat checklist jugak barang untuk digrab sempena YES. Kang melopong.... Oklah. Ni suggestion untuk doorgift ahli-ahli blok Aini. Nak beli barang yang akan mereka guna. Tak mau perhiasan-perhiasan yang akan ke tong sampah akhirnya. Upss.

1. Tuala - wajib ada. tapi bukan as a doorgift. bagi sebelum majlis untuk ahli-ahli blok kesat peluh. Biasanya towel good morning camtu lah. Kalau beli start dari sekarang, takdelah rasa sangat duit keluarnya.

2. Set pinggan - jangan expect yang mahal-mahal. Haha. Kalau ada yang boleh beli borong kan best. Nak ushar pinggan kaca tapi agak pricey kan? Aini pengantin bajet, hokeh?

3. Sejadah, tasbih, yassin - yang ni paling menarik perhatian Aini. Amalan baik untuk dibawa di sana nanti belum tentu cukup, mungkin amalan dari mereka yang membantu. 

4. Kain batik/ kain pelikat - yang ni cadangan mak. *muka berkerot* Dah ramai bagi, huaaa...

Mungkin jugak list ini akan bertambah dari semasa ke semasa. Kena round kat cowboy, mydin dulu sebelum decide. Harap-harap diorang ada buat YES. Nak murah aje. Ish3. Tak lupa jugak untuk peniaga-peniaga on9. Kalau ada yang buat YES tu, sudi-sudilah tag fb Aini ye. *takde ig* Next nak story pasal list kompromm doorgift lah :)

No comments:

Post a Comment