Assalamualaikum, hai readers. Tajuk bukan main. Haha. Nak survey pun bertips tops tups bagai. Sebagai seorang bride-to-be yang masih sedang survey bridal (kantoi tak dapat lagi), meh la Aini share dengan semua apa tips yang Aini guna. Ingat ye. Jangan main grab je. Nanti korang yang merana. Kahwin sekali je seumur hidup (unless nak kawen ramai) hari yang bahagia. Jangan sebab vendor, korang yang secantik Lisa Surihani berubah jadi Hantu Kak Limah.
1. Listkan dulu apa yang korang nak dari vendor yang ingin dipilih. Nak pakej? Tahu dulu dalam pakej yang korang nak tu nak ada apa. Jangan tanya 1 1 pakej kat vendor "kalau ada ni camne?kalau ada yang tu camne pulak?" Vendor pun akan bulatkan mata. Haha. Listkan contohnya korang nak baju nikah sendiri, pelamin 13 panel (amek kau), red carpet 2km, baju custom made, meja potong kek nak ada hiasan fresh flowers and so on. Maka, bila survey boleh guna ayat "ada tak pakej yang include bla...bla...bla...?" Mudah bukan?
2. Kalau korang jenis tak kisah sangat pasal pakej, maksudnya takde hiasan bilik tidur pun takpe, takde pelamin pun takpe, tapi korang jenis fixkan bajet. Contoh, dalam kepala dah set nak spend RM2000 untuk vendor. Sila survey vendor dengan ayat : "apa yang saya boleh dapat dengan bajet saya sebanyak RM2000?" Then, vendor tersebut bagitau lah yang anda dapat itu ini itu ini.
3. Jangan spend banyak masa survey 1 vendor. Rugi masa dek non. Kalau dah tak berkenan vendor A, jangan menoleh lagi. Pergh ayat power betul cikgu addmath ni. Vendor A akan berusaha untuk menarik minat anda lagi dan lagi. Sila survey vendor B pulak.
4. Compare harga dengan hasil kerja. Yang ni untuk kes bajet untuk vendor banyak. Ingat, tak semestinya harga dia mahal, hasil kerja tip top. Kena bandingkan hasil kerja tu dulu. Kalau rasa berbaloi, baru lah grab. Kalau tak berbaloi, good bye my friend.
5. Bagi pasangan yang mementingkan bajet (Aini contohnya), sila compare harga. Ingat, survey tu free. Kadang-kadang pakej yang diberi oleh vendor A dan B sama, tapi harga boleh lari sampai tiga angka. Compare harga, susun dari paling murah hingga paling mahal tapi pakej yang sama. Lepas tu baru tengok hasil kerja mereka.
6. Utamakan yang dekat dengan rumah/tempat bersanding bagi mengelakkan caj transport yang tinggi memandangkan minyak dah naik wey. Lagi 1, kalau dekat dengan rumah, senang sikit nak follow up kan? Probability (mula dah) untuk kena tipu pun rendah. Kalau korang busy, boleh suruh adik tolong intaikan gitu.
7. Harap korang tak penat membaca sebab banyak lagi tips ni. Sila tengok gambar-gambar hasil kerja vendor-vendor yang terkini. Tak mau yang 5 tahun dulu punya. Selalunya vendor simpan stok lama sampai terkini. Tak payah tengok yang lama-lama, tengok yang dalam lingkungan setahun. Zaman berubah. Mesti ada perubahan konsep jugak. Kita bukan idop di zaman batu.
8. Tanya dari segi bayaran. Bila bayar untuk booking, full dan sebagainya. Kalau vendor yang ok sepatutnya, kita bayar full semasa majlis atau selepas majlis. Kenapa? Kalau kita tak puas hati, kita bagitau terus sebelum bayar dan ungkit balik pasal bayaran. Wah. Ungkit you. Kejam. *dush*
9. Segala persoalan yang bermain dekat fikiran korang hendaklah ditanya tanpa segan silu kepada vendor ketika survey. Contohnya, make up tak nak cukur kening boleh tak? Boleh pasang pelamin berapa hari sebelum majlis? Dan sebagainya. Malu bertanya sesat jalan tau.
10. Masa survey, sila tanya bila lagi next jumpa kalau jadi amek. Dan amek tau berapa kali perlu jumpa sebelum majlis. Untuk keselamatan, sediakan dokumen hitam putih dengan vendor pilihan. Apa isi dokumen? Aini tak tau sebab takde lagi vendor pilihan. Hehe. InsyaAllah nanti Aini share ea.
11. Anda ingin berkahwin pada tahun 2015? Selepas bulan April? Jangan lupa tentang GST. Tanya vendor, GST akan buatkan harga pakej naik tak? Pilihlah yang tak untuk menebalkan poket anda :)
12. Sila tengok review @ tanya orang-orang yang pernah menggunakan khidmat vendor-vendor yang anda survey ye. Bukannya apa. Kang design cantik hati sakit parah jugak kan? Kalau Aini utamakan hati. Amek tau mulut vendor ni jenis macam mana. Sebab Aini penah kenal vendor yang mulut kencang, ada yang design pelamin sume lawa-lawa tapi keyboard warrior. Bridesmaid nak tengok pengantin make up pun tak boleh. Update status kat facebook. Customer tu rezeki Allah bagi tau.
13. Last tapi paling penting, sentiasa minta pandangan orang lain especially pasangan anda. Bukannya anda nak bersanding sorang-sorang atas pelamin. Bukan nak makan beradab mrs lonely. Sentiasa mintak pandangan dan nasihat walaupun si dia "ok je". In fact, ni lah masa nak tunjuk yang perkahwinan tu tak berjaya jika cuma satu pihak yang menyumbang :)
Rasanya tu je kot tips yang Aini boleh kongsikan. Nanti kalau ada tips yang lain, sila tambah ye.
definitely!
selamat malam tuan blog :)
ReplyDelete