Assalamualaikum, hai readers. Status poyo gila. Haha. Biar la. Year End Sale je lah masa yang paling sesuai untuk Aini menjimatkan segala bajet yang ada. Kalau tak kahwin pun, tiap-tiap tahun aware gila dengan perkataan 'SALE'. Mesti perasan walau sekecik mana perkataan tu ada. Kalau korang banyak duit, takpe. Tak payah tunggu YES. Takde nak bersesak bagai. By the way, bila YES start eh? Selalu bff Aini nama Linda (yes, i am talking about you) yang tau lebih pasal sale ni. Rasanya time budak sekolah dah start cuti kot baru YES berlangsung. Untunglah kalau tak menanda kertas SPM. Hihi.
Aini tak kisah dan tak kan pernah kisah kalau orang tegur, awalnya prepare untuk kahwin. Yes. Aini seorang yang tak suka buat kerja last minute (sebab tak nak tido lambat kemudian hari). Biar prepare awal dari prepare lambat, ye idok? Lagipun, kalau prepare awal, takde lah terasa sangat duit tu mengalir macam air kan? Udah-udah le tu. Banyak benor mukadimah nya. Apa ea yang Aini nak beli time YES tahun ni?
1. Survey goodies bukan makanan.
Cowboy ada YES tak eh? nak beli kat cowboy je. dah cop kawan Aini nama Alia (she is single and available) untuk me'explore' ke seluruh pelusuk cowboy. Yang ni maybe bukan beli lagi, just survey. Tapi kalau dah terbeli, nak buat mcm mana kan? Hihi. Nanti nak buat entry khas berkaitan goodies. Rasanya banyak sangat goodies kene prepare.
2. Barang hantaran.
Da decide barang, tapi belum decide brand bagai. Yang ni kene pergi beli dengan Ridzuan. Kang beli untuk Ridzuan, tapi dia tak pakai, membazir la kan? Kami bukan jenis nak barang mahal-mahal atas dulang hantaran tapi last-last tak guna. Upss.. Apa kes?
3. Kain untuk baju nikah
Jeng..jeng...jeng...eeiiittt..tum..walaweh. side effect beria. Haha. Harap Kamdar baca post Aini ni, tak pun jakel ke. Sponsor lah blogger pulak, asyik artis je. Huahua. Warna tema untuk majlis akad nikah dah dapat, boleh rujuk entry sebelum-sebelum ni. Baju nikah mungkin akan buat sendiri sebab nak rasa eksklusif tu. Ingat nak cari baju dah siap je. Tapi lagi best kalau dapat tempah kat tailor kan? Nanti raya boleh pakai lagi. Tapi kalau jumpa dress yang lawa dan murah, Aini akan grab je. Konon banyak duit.
4. TQ tag & kad kahwin
Hah, ni bunyi mengarut. Tapi ada ke orang buat YES TQ tag? Walaupun kenduri Aini lambat lagi, kalau ada nampak mana-mana pembuat kad kahwin yang buat YES dan boleh book kat sale tu untuk tahun depan, Aini grab je. Jimat kos. Kalau ada yang buat, sila tag Aini eh. Tenkiu u...
5. Bunga-bungaan untuk hantaran
Majlis kali ni rasanya kene DIY lagi hantaran kawen. Fresh flowers tinggal angan-angan je sebab tak nak buat last minute. Tapi wondering, ada ke yang buat sale barang-barang untuk hantaran eh? Tak de plan lagi nak blogwalking hantaran. Maybe konsep nanti more to simple, nak letak-letak je. Yang penting, functional.
6. Kasut
Yes. Ni bukan kasut yang letak atas hantaran tu ye. Ni kasut yang nak dipakai masa sanding, sambut menantu. Kalau kasut bridal, selalunya tinggi-tinggi dan jarang berkenan di mata. Maka, beli sendiri lagi puas hati. Kasut Aini tak nak yang tinggi-tinggi. Aini tak pakai high heel mahupun wedges. Flat tetap menjadi pilihan hati jiwa raga dari sekolah sampai kerja. At least, lepas majlis, boleh ada 2 kasut baru. 1 yang beli untuk pakai masa kawen, 1 hantaran. Bijak? Memang bijak. ps : harus Ridzuan cakap tak perlu beli kasut dah untuk 4 tahun. Haha.
7. Cincin
Yeye je Aini ni Ridzuan nak bagi cincin. Haha. Agak-agak Wah Chan ada buat YES tak ea? Haruslah grab. Lagi-lagi sekarang ni harga emas takde lah tinggi sangat. Tapi dah ada dua cincin. Takpe lah, yang tu pikir kemudian. Tapi. tapi. tapi. Aini confirm akan beli cincin untuk Ridzuan time YES. Duit nan hado nak spend banyak-banyak. Oh Ridzuan, sila jangan bermimpi kita akan beli cincin awak kat habib jewels. Haha.
Rasanya sekian dulu barang. Harap-harap tak bertambah lagi. Yang ni pun baca dah semput. Duit nak keluar pun lagi lah semput put put.

No comments:
Post a Comment