OhMyIklan

Saturday 8 November 2014

87. Kasut Untuk Bersanding Dan Hantaran

Assalamualaikum, hai readers. Ya! Dah beli kasut untuk bersanding and nak letak atas hantaran. Camne lah nak peram untuk 8 bulan ni. Harap kakiku tak mengembang lagi. Biarlah badan je. *dagu pun tak nak mengembang* Mula-mula ingat nak beli time Year End Sale. Mana tau dapat lagi murah ke kan. Tapi dah alang-alang terlalu kat Verns kat Kuantan Parade, beli kasut ke 2 dengan harga hanya RM9, masuk singgahlah. 

Dah tau promosi ni dah lama. Nampak tak keprihatinan terhadap sale tu? Hihi. Tanya promoter tu, bila habis promosi ni? Dia jawab 14hb. Mak aiii. Terus cakap kat Ridzuan, kita beli sekarang lah eh? Nasib baik Ridzuan setuju je. Aim kat flat. Tawaf 2,3 kali jugak. Takde yang berkenan. Pergilah kat tempat heel yang rendah. Terus 1 kasut ni menarik perhatian Aini.

vern's..walk of style..gitu.

nampak tak? nampak tak?

hitam dan coklat.

view dari tingkat 12 atas

dari tepi.ada heel sikit.comel je di situ.


Tada...ini lah kasutnya. Huhu. Simple. Beli 2 pasang, 1 warna coklat, 1 hitam legam sebab dah tak berkenan kasut lain. Kenapa pilih kasut ni? Sebab tak tinggi sangat. Kira ngam ngam soi lah tinggi kami nanti. Masalah terple'ot pon akan diatasi dengan jayanya. kehkeh. Selesa. Memang selesa. Verns ni kira favourite brand untuk kasut lah. Harga affordable. Masih mampu milik. Mostly kasut Aini, mummy, adik-adik semua beli kat Verns. Diskaun pelishhh.

Untuk kasut bersanding, warna pilihan ialah warna coklat. Part yang kosong-kosong-kosong tu maybe akan paste kan sikit patch lace+pearls ke. Tengok dulu macam mana. Rasa nak pos je kasut kat bridesmaid to be nama Aynen sebab beliau paling suka buat benda-benda kraftangan ni. Warna coklat tu boleh masuk je dengan baju warna pape. Dan yang paling penting, kasut ni tak kan  terbangkai terbengkalai begitu sahaja sebab nak bawak pakai gi sekolah. Jimat lagi bijak. hihi

Untuk kasut letak kat hantaran, Aini letak warna hitam tu. Macam malas nak patch lace bagai, letak togel gitu je lah. Suka sangat lah kasut ni. :) tak kisah dan tak kan kisah orang lain nak cakap kasut ni simple sangat ke, tak macam kasut kawen ke ape. In the end, Aini jugak yang pakai. Jom tengok price (padahal kat atas tu dah cakap) :

Kasut 1 : RM59
Kasut 2 : RM59 RM9
Jimat : RM50

Tips : kalau anda dan pasangan merupakan pasangan hujung minggu seperti kami, beli lah barang awal ye. Lepas ni setiap minggu akan target beli 2 barang. Countdown hujung minggu je lah lepas ni yek.

Update : Baru lepas minta pandangan calon bridal, cadangan beliau guna kasut bridal dari mula sampai makan. Lepas tu layan tetamu guna kasut ni. Bertandang pun guna kasut ni jugak. Cadangan diterima tapi kena practice jalan la...hihi

No comments:

Post a Comment