OhMyIklan

Thursday 20 November 2014

92. Apa Yang Bride-to-be Harapkan Daripada Photographer?

Assalamualaikum, hai readers. Entry ni bukan berbentuk satu hentaman ye. Baca dengan nada yang sopan, mood yang baik dan muka ada itu senyium. Sekarang dah tutup buku survey photographer. Dah aim fotog yang berkenan dan dah cop fotog. Payment belum buat, kihkih. Ini mesej jujur apa yang Aini harapkan ketika survey fotog. Again, ini hanya berbentuk pandangan peribadi. Bukan merangkumi semua bride-to-be di Malaysia.

1. Kualiti gambar

Aini utamakan kualiti. Ada gambar yang bila Aini tengok, rasa macam biasa je, takde 'wow' atau 'pergh' atau sebagainya. Rasa macam "eleh, aku boleh snap". Yes. Aini seorang yang tak tahu nak guna DSLR, kreatif lagi lah jauh. Tapi Aini tau bila tengok sesuatu gambar, boleh rasa kagum. Jujurnya, Aini tak tengok sangat gambar-gambar yang da diedit oleh fotog yang agak 'so not picture'. Aini suka tengok yang biasa je. Time tu lah kita boleh tengok 'wow' atau tak gambar-gambar tu.

2. Kualiti fotog

Aini tanya kepada hampir semua fotog yang Aini survey : "Ni fotog yang pro ke amatur?" Apa pun jawapan, Aini akan consider, tapi ada yang senyap je lepas Aini tanya soalan ni. Apa kes? Ada bridal yang colab dengan OP yang profesional, yang tu tak dinafikan. Tetapi, ada jugak yang OP pakej sekali dengan bridal tu yang 'tangkap muat'. Please bride to be sekalian. Janganlah grab pakej-pakej yang mcm ni. Bukan nak tutup pintu rezeki. Tapi pilihlah OP yang berkualiti. Zaman sekarang ramai yang ada kamera muncung-muncung je, buat pendapatan sampingan snap snap gambar. Jadikanlah fotografi itu suatu hobi dulu, baru sebagai kerjaya.

3. Free gift atau produk

Haha. Yang ni sangat penting bagi pengantin bajet macam kami. Nak yang mengeluarkan banyak produk atau banyak free gift. Teringin jugak nak ada photobook, custom album, gambar besar macam tuan gambar dan sebagainya. Bila lepas majlis, ada orang nak tengok gambar, boleh la tunjuk kat orang tu macam2 jenis gambar cket. Hihi.

4. Harga

Harga ni Aini letak priority agak bawah. Bukannya sebab banyak duit (jauh sekali.tapi doakan lah ye). Aini percaya kualiti yang tinggi memerlukan harga yang tinggi. TETAPI harga yang tinggi tidak memerlukan kualiti yang tinggi. Kita sebagai pengantin kena bijak de amor untuk suai padan kan harga dan kualiti. Jangan sebab nak harga murah, kita bakal pengantin gamble kan gambar kenang kenangan kita yang akan kita tengok sampai kita tua. Anak cucu kita pun nak tengok nanti. Pelamin baju suma akan lunyai. Lepas majlis, cabut balik. Tapi gambar kenangan tu yang berharga.

5. Customer Service

Ada ke customer yang nak dilayan dengan tidak baik? Photographer yang akan bantu guide kan pengantin masa majlis nanti. Tak kan nak kena layan tak elok kan? Tak dinafikan ada segelintir fotog yang sebelum majlis, pijak semut pun tak mati. Tapi masa majlis, layanan hampeh. Tarik muka sebab penat+panas. Semua orang pun panas lah. Customer tu yang akan promotekan fotog-fotog ni. Lagi-lagi Aini yang blogger ni. kihkihkih.

Again, ini semua hanyalah pendapat peribadi. Tiada niat untuk merendah-rendahkan mana-mana pihak. Mungkin juga boleh dijadikan panduan oleh photographer dan bride to be sendiri. Mohon maaf jika silap menaip. Peace yo.


No comments:

Post a Comment