OhMyIklan

Thursday 27 November 2014

95. Vendor Untuk Majlis Perkahwinan Dah Dapat.

Assalamualaikum, hai readers. Yeah. See the title? Aini dah dapat dan dah book vendor untuk majlis perkahwinan Aini which is almost 8 bulan lagi. Gasak lah. Haha. Kenapa Aini book awal-awal? Macam biasalah malas nak pikir last minit and nak bagi vendor Aini tu prepare mental dan fizikal bila kena jadi vendor majlis Aini yang cerewet ni. Hihi. Dah bayar deposit untuk lock tarikh. Kepada semua bride-to-be. Sila book tarikh anda sekarang walaupun ada kemungkinan untuk majlis bertukar tarikh sebab masa cuti sekolah ni ramai bride to be yang lain akan balik kampung dan lock tarikh mak andam masing-masing. Kang nayo. Lagi-lagi kalau majlis anda tarikh yang glemer va va vas.

Siapa vendor yang menjadi pilihan hati Aini? Jeng jeng jeng. Aini dah survey lebih 10 bridal sekitar Kuantan, Pekan, Chini, Muadzam, Keratong. Mula-mula aim yang lain. Sempat 2x bertukar pilihan hati, end up pilih vendor yang ini. Banyak jugak faktor pemilihan vendor ni. Eh. Banyak cakap la kau. Vendor pilihan Aini ialah KAK YANI. Tak payah klik kat nama kak yani tu. Aini takde link facebook beliau pun. Hihi. Kepada yang mengikuti perkembangan majlis tunang Aini *ade ke?* mesti pernah baca nama kak yani ni. Yup. She is my MUA ketika majlis bertunang. Boleh baca review Aini tentang Kak Yani di sini.

Berapa yang Aini akan spend untuk wedding nanti?

RM2000 untuk :
-pelamin request seperti idaman kalbu. 
-baju sanding baru (songket plus RM100)
-hiasan meja makan beradab.
-make up 2x.

Yes. Tiada hiasan bilik tidur. Nasib baik future bridesmaid Aynen nak tolong buatkan. I love you so much lah. Yang penting Aini nak highlight kan yang dapat pelamin macam yang Aini nak. Lambat lagi ke nak kawen heh? Gataiii~

Untuk payment, Aini bayar deposit RM200. Lepas pasang pelamin RM1000. Time cabut pelamin balance nya yang tinggal. Kelebihan lock tarikh awal ialah kak yani akan utamakan Aini masa majlis berlangsung. Job yang lain akan beliau passkan kat pembantu-pembantu beliau. Ops. Lupa bagitau. Baju nikah Aini buat sendiri ye. Pun hantar kat Kak Yani untuk upah jahit. Hihi.

Harap-harap masa majlis nanti masih boleh cantik macam gambar kat bawah ni  *maybe less kan kat part eyebrow*



ps : stress nya bila banyak gambar dalam previous entry tak boleh tengok. Kenapa ek?

2 comments:

  1. Pelamin dewan ke dear? Kalaw pelamin dewan ni kire murah gile la package tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya..tak..pelamin rumah...maka jadi mahal ke?hahahaha....

      Delete