OhMyIklan

Monday, 3 November 2014

85. Vendor Idaman : Rumah Kebaya Malaysia (RKM)

Assalamualaikum, hai readers. Dah mula part berangan *turning on*. Dulu teringin sangat nak guna servis RKM ni. Masa Aini 'Like' fanpage RKM takde lah 94,000 orang like lagi, rasanya dah belas-belas ribu time tu. Maybe masalah utama ialah nak menjimatkan bajet, maka terkubur begitu saja. Mungkin boleh simpan untuk adik-adik (Aini ada lagi 3 orang adik perempuan untuk dikahwinkan) atau boleh simpan untuk anak-anak. Heh? Tujuan Aini share ni untuk berkongsi dengan anda semua yang tercari-cari vendor pilihan. Bagi Aini, kita orang biasa tak perlu lah nak compare dengan artis-artis yang dapat sponsor itu ini. Soal vendor pon bagi bulat-bulat dekat wedding planner. Sekiranya anda berkemampuan, boleh lah ushar-ushar RKM ni.

Kenapa RKM jadi vendor idaman Aini?

1. Sebab bajunya sangat teramat cantik gilos. Hah, nampak tak hiperbola kat situ? Semua baju sangat cantik tapi masih mengekalkan eleman kebaya which means still nampak tradisional. The details are superb. Seriusly Aini banyak kali zoom gambar baju-baju baru dari RKM untuk tengok detail-detailnya. Nak tau yang mana yang Aini sangat berkenan? Check it out :




cukuplah belanja 3 keping gambar.tutup mulut yang terlopong tu pelis. Haha.

2. Pelamin sangat elegan. Elegan tu apa? Bagi Aini elegan tu mewah. Jangan tanya mewah tu apa. Lepuk kang. Tapi yang Aini berkenan mostly yang kat dewan. Aini punya sanding maybe kat rumah je. Tak sesuai. Tapi Aini share jugak untuk jadikan inspirasi bride-to-be kat luar sana.




Walaweh. Tak tido malam berangan. Haha. Banyak lagi yang cun-cun. Tapi ni je yang mampu masukkan. Bukannya apa, takut nanti mintak Ridzuan sponsor guna khidmat RKM pulak. Haha. Pengsan.

3. Harga RKM bagi Aini masih reasonable. Tapi since Aini di Pahang, mungkin kos transport agak tinggi. Maka, undur diri. Hihi. Nak tau lebih lanjut, boleh pm RKM sendiri.

4. Kalau korang ada like fanpage RKM ni, mesti tau banyak tips2 yang RKM kongsikan kat status RKM. Sangat berguna terutama part checklist. Dan semua tips tu kadang-kadang ada yang kita terlepas pandang. Siapa-siapa yang tak like lagi page RKM tu, pegi like sekarang.

5. Bila tengok review 4.5 bintang, korang paham-paham lah servisnya macam mana kan? Memang terbaiklah. Tapi nak komen lebih-lebih part ni tak boleh jugak sebab Aini tak pernah guna khidmat mereka.

Semoga RKM akan terus berkembang dan berjaya pada masa akan datang. Lepas ni kalau ada offer ke ape ke dari RKM, insyaAllah Aini akan update terus dengan readers semua :) kredit semua foto : facebook RKM.

Yang ni Aini copy paste dari facebook RKM :

About

Art of Kebaya, specialist Kebaya, pertama dan terkini di Malaysia.www.rumahkebaya.com.my untuk pertanyaan melalui : 1.phone: +60172089044 2.email : tanya@rumahkebaya.com.my
Mission
menjadi Raja dan Ratu sehari yang megah
Company Overview
Art of Kebaya
specialist Kebaya only,
pertama dan terkini di Malaysia , butik kami berada di shah alam selangor.
Production kami bertempat di Tasikmalaya-Jawa Barat, Indonesia.

www.rumahkebaya.com.my

untuk pertanyaan melalui :

1.phone: +60172089044
2.email : tanya@rumahkebaya.com.my
3.alamat : 26B,Jalan Plumbum N7/N,Seksyen 7 Shah Alam

No comments:

Post a Comment