OhMyIklan

Saturday 29 November 2014

96. Berhati-hati Dengan Perkataan SALE, FREE, PAKEJ.

Assalamualaikum, stop cerita pasal kawen kejap sebab malas takde idea nak update ape. Penntttiiipuu. Haha. Selalu time ada idea tulis tajuk je, simpan dalam draft. Isinya kosong bersih suci murni. Rasanya boleh lawan Nad ni. Tapi beliau dah sampai 1ribu entry, Aini kat draft aje. Hek. Kali ni nak bagi nasihat, pedoman dan sebagainya kepada semua kaki tangan shopping kipas susah mati. Hari pe ntah baru ni baca paper pasal Year End Sale. Harap-harap Aini pun dapat ambil iktibar atas nasihat dari diri sendiri ni.

SALE

Memang Aini sangat aware dengan perkataan sale. Tapi 70% ke atas lah. Hahaha. Ridzuan pernah cakap "tau dah nak cari h***y kat mane kalau hilang kat mall, cari yang sale atas 70%" kahkah. so cute. erkk. Tahukah anda bahawa tak semuanya sale seperti yang anda harapkan? Memang ada yang potongan harga sangat berbaloi dan betul ikut potongan harganya. Tapi, ada jugak kes macam ni :

Sebelum musim sale, buat harga kasut RM300. Takde orang nak beli sebab mahal kan?
Semasa musim sale, buat harga kasut RM300 jugak tetapi potongan 70% dari harga asal RM1000. *yeah, i know takde orang nak beli kasut harga ribu riban*

Kalau anda mudah tertipu, *boo* anda akan beli.

ada kes macam ni pulak :

Sebelum musim sale, buat harga kasut RM500. Takde orang nak beli jugak kan?
Semasa musim sale, buat harga kasut RM300 kononnya potongan harga 70% dari harga asal RM1000 sedangkan harga asal cuma RM500. *mind my langguage yang part perkataan cuma tu*

So cheeky right?

Tips untuk mengelakkan diri anda dari tertipu : window shopping sebelum musim sale *kalau ada masa lah*. Then, trick sikit kat promoter "eh...bulan lepas pun harga ni jugak, takde beza pun" biar penjual kecut perut. hahaha.

FREE

Semua orang suka barangan free. I know, so do I. Tau kah anda bila anda beli kad kahwin contohnya 1000 keping free bunting free banner free guestbook dan banyak lagi, harganya jauh lagi mahal dari anda beli kad kahwin sahaja? Free bukan bermakna percuma. Free mostly bermakna "kami tak tunjuk hidden cost barang-barang sampingan yang konon nya free tu". Bijak sungguh kan? Peniaga memang bijak. Tak kan kita pembeli nak jadi bodoh kurang bijak kan?

Ada juga barang yang free. Yang tu tak boleh dinafikan. Kalau korang rasa murah dan percaya konsep free tu, go with the flow lah. Tapi Aini dah bagi nasihat kan?

Pernah ushar doorgift tasbih. Katanya buy 1, free 1. Mau tak ketar-ketar tangan suruh orang tu pm. *part ketar tu tipu*. Rupanya 1 tasbih kosong tanpa packaging tu dia jual RM1.90. Eh...Helo. Harga tu lagi mahal dari 2 tasbih kosong okey? Shame on you.

Tips bagi elak jadi mangsa pentippuuan melampau : tanya harga kalau beli kad sahaja berapa harga? Esoknya tanya pulak kalau banner, bunting berapa harga. Try korang total-totalkan. Kalau bezanya banyak, kita kena tengok konsep pakej pulak yang kat bawah ni. Ataupun kalau nak face palm balik kat penjual *jahat betul lah OHMYWEDDING punya entry kali ni* korang buat ayat "so, kiranya tak free la eh, pandai u jual eh". ps: sila jangan mention Aini yang ajar.

PAKEJ

Mostly pakej memang lagi menjimatkan. Tu Aini tak nafikan. Tapi, selepas hampir 4 bulan survey itu ini, Aini dapat tau *kantoi u* ada yang harga pakej lagi mahal dari asing-asing. Terutamanya doorgift. Sila baca baik-baik ye. Tak kisah lah korang banyak duit atau sikit duit, tapi mesti korang tak nak beli dengan orang yang suka kelentong kan? Aini pernah survey harga pakej tasbih+yassin paling murah RM1.80. Kalau korang yang takde masa nak survey, mesti ingat murah dah kan? Trust me, Aini pernah jumpa yassin ready made 80sen dan tasbih sekali box, riben 80sen jugak. So sepatutnya harga tu RM1.60 je. Memang 20sen nampak sikit. Tapi 10 packaging dah beza RM2, 100 packaging beza RM20. 1000? Kira sendiri.

Lagi besar pakej tu (lagi banyak barang) lagi banyak part yang boleh dikelentong. Kalau nak senang, mudah, grab la pakej yang ada tu. Kalau ada masa, survey la.

Tips untuk mengelak jadi mangsa pakej : Survey, survey dan survey. Mesti ada nya kedai yang A jual murah barang X, kedai B jual murah barang Y. Kalau combine tu lebih murah dari pakej yang mana-mana kedai offer. Kalau setakat packaging, berapa sen sangat. DIY sudahhh. Lagi puas hati.

Dah penat menaip. Haha. Aini mintak maaf kalau post Aini ni menutup mana-mana rezeki penjual di luar sana. Ingat, rezeki tu Allah yang bagi. Aini tau niat anda cuma nak cari untung. Tetapi tak perlu sampai menipu.  Come on lah. hidup ni macam roda. Tak perlu nak tipu customer untuk dapatkan untung. Kalau peniaga tu jujur, mesti peniaga tu sendiri akan bagitau kekurangan produk yang dijual. 

Selamat membeli dan menjual.


1 comment: