OhMyIklan

Tuesday 7 October 2014

76. Review : Nurraysa Beauty

Assalamualaikum, hai readers! Hari ni nak jadi testimoni plus buat review untuk Nurraysa Beauty. Tapi gambar sendiri nan ado. Sebab tak sangka pulak akan buat review kat sini. Sila layan story mory Aini yang syok sendiri ni dulu lepas tu baru kita layan gambar sampai korang jadi geli beli okeh?

Alkisah, tersebutlah kisah. Actually Aini memang ada masalah kulit muka dari zaman sekolah menengah lagi. Kalau baca testimoni gambar sebelum guna apa-apa produk kat magazine-magazine, mesti akan cakap kat diri sendiri "eleh..kau kira ok lagi.aku?" haha. Memang lama jugak lah ber'experiment' dengan produk itu ini. Tapi Aini ingat lagi muka start jadi berminyak gilos lepas pakai produk 'C&C' *bukan nama sebenar* taubat tak pakai dah. Haha.

Masalah ketara dengan kulit muka ialah minyak, minyak dan minyak. Maka, jerawat pun naik sama rancak dengan parut yang ditinggalkan. Mujur tak bertingkek tingkek je alahai. Adakah sebab tu kurang selfie kat sekolah?heh. Bila dah tau kulit muka tak sesuai pakai produk tersebut, Aini try la guna itu ini. Korang cakap je apa? Confirm Aini pernah guna. Tapi masalah jerawat+parut tak selesai-selesai. Berkurang pon tak.

Time nak date (alahai, terkantoikan diri la pulak) mula lah make up tebal-tebal sebab nak tutup segala cacat cela kat muka. Nasib baik Ridzuan sudi terima diri ini seadanya. Cehwah. Kalau dulu-dulu time nak keluar rumah pakai toner,moisturizer,foundation,loose powder,compact powder *and the list goes on* amek kau. Setengah jam tak sempat dik oi nak mekap. 

Time tengah seronok berfacebook, nampak suggestion untuk try Nurraysa Beauty (sila klik untuk terus ke facebook Nurraysa Beauty). Lepas berwhatsapp dengan number yang ada kat page tu, Aini hold dulu. Time tu sabun papaya ada lagi. upss. Nak habiskan dulu papaya tu, tak nak membazir. Hihi. Dalam awal bulan April 2014, Aini try contact lagi sekali untuk try produk ni. Mula-mula Aini just try sabun je dulu. Ni pic sabun nya.

tadaaa....

Mula-mula pakai tu memang muka tarak minyak time bangun pagi. Maklumlah, minyak naik harga, kurangkanlah penggunaan minyak, wahai kulit mukaku. Time bertunang pun Aini pakai sabun ni lagi. Jujurnya, masa awal-awal guna tu je yang terjadi. Muka still ada beberapa jerawat, takde lah beberapa sangat. Banyak jugak. Haha. Dan parut pun masih belum kurang. Ni yang Aini citer ni kisah Aini tau. Harap pihak Nurraysa tak saman Aini. Hihi. Setiap orang punya masa yang tersendiri untuk proses discovery recovery. Dan Aini antara yang agak lambat. Agaknya kulit dah immune dengan produk-produk ni. Haha.

Sabun tu Aini guna dalam 3 bulan ++ jugak. Tapi time beli sabun tu ada dapat trial punya sabun. Hentam yang trial tu dulu. Dalam lepas 2 bulan camtu baru ada perubahan positif yang buat Aini sangat-sangat suka. Jerawat dah malu-malu kucing nak keluar plus parut makin pudar. Ni bukan syok sendiri ye. Even kawan pun tegur. Nak kahwin mestilah nak makin cantik, ye idok? Yang paling penting nak jaga kecantikan lepas kahwin nanti :) *blushing* Terus Aini deal nak pakai set pulak. Dalam hujung bulan 8 hari tu Aini guna set pulak yang macam ni :

kotak luar

isi dalam

dah penat baca ke? Alahai, citer tak habis lagi ni. Tabah lah ye. Sabun tu sama je macam sabun yang Aini try sebelum ni. Lepas pakai sabun, pakai serum yang kiri sekali tu. Serius best giler pakai serum dia. Sejuk je dan cepat menyerap. Boleh rasa terus beza lepas pakai serum. Alkisahnya serum ni kecik je. Maka, serum paling cepat habis. Haha. Sebulan dah habis serum, tu pun banyak rompong-rompong dalam jadual pemakaiannya. Terus order serum yang 2x ganda besar. Muka ada senyiummm. :) Kalau siang, sebelum gi sekolah, Aini akan pakai uv krim yang petak tu. Ni memang magical disney. Pakai uv cream, dah tak perlu pakai foundation. Tapi Aini pakai jugak kadang-kadang. Selalu kuar rumah lepas pakai uv cream ni bukan setakat tak pakai foundation, pakai bedak pun tak. Serius! Korang kena try sendiri kalau tak percaya.

Kalau malam pulak, lepas pakai serum Aini akan pakai miracle whitening spray. Lepas spray je suruh mak cium, hahahaha. Memang wangi bau epal. Tapi jangan risau, muka anda takkan dihurung semut. Total harga set ni RM75. Kat box tulis RM150. Diskaun 50% tu. Yang penting, free post. Aini rasa, Aini takde hak untuk cerita lebih lanjut pasal kandungan produk ni. Ni Aini copy dari facebook Nurraysa ye :

BAHAN-BAHAN : 
GLYCERIN, SUSU KAMBING SEGAR, MINYAK ZAITON XTRA VIRGIN, HERBA-HERBA, COLLAGEN.

100% TANPA BAHAN KIMIA, KANAK-KANAK DAN IBU MENGANDUNG BOLEH DI GUNAKAN !

TANPA PENGGELUPASAN !!!

Meh Aini belanja pic testimoni bagai tentang Nurraysa ni. Again, ni bukan lah gambar Aini.



see. can Aini dah citer pasal ke'magic'an uv cream ni.

Ingin diingatkan di sini ye yang Aini bukanlah penjual atau stokis ke apa-apa je la yang ada kaitan dengan produk ni. Cuma pengguna je. Dan entry yang panjang ni bukanlah ditaja oleh Nurraysa Beauty. Senang citer, Aini tak dibayar untuk buat entry ni, Tapi kalau nak bagi diskaun lepas ni, amatlah dialu-alukan ye ;) Hihi. Aini nak letak set Nurraysa ni atas dulang hantaran nanti. *take note, tunang* meriahnya kalau ada sponsor gitu.

Untuk keterangan lanjut, sila jangan tanya Aini. Haha. Semua cerita dan apa yang Aini tau ada dalam entry ni. Nak tau apa-apa, sila layari facebook Nurraysa Beauty atau sila klik sini. Siapa-siapa yang da guna produk ni, kita serupa. *High5* :) Produk ni sangat-sangat recommended. Rugi kalau tak try. Last but bot least, kopi teh dari facebook nurraysa jugak :

Pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia:

☛Nurraysa Beauty Soap, No. Kelulusan KKM: NOT130600669K
☛Nurraysa Beauty Moist Softnening Serum, No. Kelulusan KKM: NOT130600670K
☛Nurraysa White Beauty Cream, No. Kelulusan KKM: NOT130600668K
Description
Dapatkan Segera dan DIJAMIN... 99.9% BERKESAN!
100 % SELAMAT Tanpa Bahan Kimia & Pengawet.
Produk Muslim & Buatan Malaysia. Halal.
-----------------------------------------------------

✪ Salmon Fish Collagen+ Japan Marine Collagen Ketulenan Collagen 98% .
Mempunyai kandungan Collagen tertinggi. Kini sedang HOT dipasaran!
✪ Halal dari sumber yang diyakini .
✪ AHA(Pencerah & Menjadikan Kulit Anda Anti Kedut)
✪ 7 Ekstrak Bahan TERHEBAT (Goat Milk,Olive Oil,Vitamin A,C,E,Clairju(Japan Ingredients),Leaf Extract,Sweet Almond Oil,Premium Herbs)

--------------------------------------------------------

✔ Mencantikkan kulit (lebih cerah, gebu & anjal)
✔ Menghaluskan Pori
✔ Mencerahkan kulit wajah & badan termasuk bawah lengan & ketiak.
✔ Mengurangkan kedutan
✔ Memelihara sel-sel kulit mati (kesan jerawat/luka)
✔ Melembabkan kulit
✔ Melicin dan menegangkan kulit serta payudara (Anti-Penuaan)
✔ Memperbaiki tekstur kulit dan menjadikan tona kulit sekata
✔ Mengurangkan whitehead dan blackhead
✔ Merawat resdung
✔ Mengecutkan jerawat dan jeragat
✔ Menghapuskan parut & selulit
✔ Menyembuhkan luka
✔ Merangsang penghasilan sel-sel baru kulit
✔ Memberi keseimbangan PH pada kulit
✔ Menguatkan kuku dan rambut
✔ Merawat tumit merekah
✔ Membuang Toksid pada kulit
✔ Sesuai untuk lelaki & wanita
✔ Anti Oksidan yang tinggi

semoga berjaya dan terus berjaya. credit : facebook nurraysa.


9 comments:

  1. Hi Aini. Sorry la dear.. Bz sket. arini br ade chance nk blogwalking. hehe.
    OK, sya da follow Aini da =)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Seronok baca review ni.. Tahniah Aini..
    Saya pun rase sangat berbesar hati di sini sbb sye salah seorang stokis produk Nurraysa.. Saya Aziah Norli.. Boleh hubungi saya di 0134886117, boleh juga lawati page saya di www.fb.com/nurraysa4u..
    Yang nak agen pun dialu-alukan..

    ** maaf admin, iklan skit di sini.. Seronok dapat kongsikan produk terbaik ni dgn ramai orang.. =)

    ReplyDelete
  3. Saya memang sangat berpuas hati sebagai pengguna Skincare Nurraysa. Dalam pada masa yang sama saya juga salah monster stokis nurraysa. Untuk dapatkan area Kuala Lumpur boleh hubungi : 013 6236967. Berminat stokis / pengedar pun boleh hubungi saya. Tq

    ReplyDelete
  4. Saya memang sangat berpuas hati sebagai pengguna Skincare Nurraysa. Dalam pada masa yang sama saya juga salah monster stokis nurraysa. Untuk dapatkan area Kuala Lumpur boleh hubungi : 013 6236967. Berminat stokis / pengedar pun boleh hubungi saya. Tq

    ReplyDelete
  5. salam sy agent nurraysa..sape bminat boleh whatups atau sms 0132643039

    ReplyDelete
  6. Saya agent nurraysa kedah..bole pm 0195450946:)

    ReplyDelete
  7. Hi..sy agent nurraysa kedah..bole pm 0195450946

    ReplyDelete
  8. Saya agent nurraysa kedah..bole pm 0195450946:)

    ReplyDelete
  9. Sy ade mslh kulit bmyk, kusam dan kesan jerawat. mula2 pkai sabun je..bau dy sgt wangi.selang 1 minggu dh nmpk prubahan.kulit jd licin, cerah dan jarang sgt bmyk.lps tu sy bli lipstik, losyen badan ngn sabun pncuci alat sulit..mmg A++ sy bg.sgt pias hati.tq agent zila dr bpahat

    ReplyDelete