OhMyIklan

Thursday 6 November 2014

86. Persalinan Telekung, Peram Sampai Nikah.

Assalamualaikum, hai readers. Seronok sungguh bila persalinan telekung dah sampai. Beli tanpa pengetahuan Ridzuan. Sedar-sedar je dah bagitau Ridzuan "telekung yang nanti dapat masa nikah dah beli". Nasib baik lah tak kena bebel. Untunglah. Aini tak nak beli telekung yang di luar kemampuan. Alhamdulillah, nak kata rezeki kan, Aini jumpa promosi telekung lycra dengan harga yang murah. Memang suka telekung lycra, sangat selesa dan kemas. Sebelum ni beli satu telekung lycra warna royal blue dengan kawan sekerja RM40. Jom layan gambar-gambar ni :


antara warna-warna yang ada

parcel...kenapa besar?baca post ni sampai habis

pelbagai warna. hihi

this is mine ^.^ yahhhoooooo..abaikan muka bajet comel itu.

labuh belakang.actually x senget pon.

Taw tak berapa harga telekung Aini beli ni? Nampak promo RM68 untuk 2 pasang. I said to my self : "What? Like seriously?". Terus kepoh-kepoh tanya mak, adik, akak semua nak tak. Amek kau, 6 pasang terus. Untuk mak, along, kakde, achik & adik terus. Dapat harga RM33 untuk setiap helai, free postage. Muka pun senyum sampai telinga, lagi-lagi adik bongsu. Nak pilih warna pun satu episod drama. Kejap nak warna ni, kejap nak warna tu. Mula-mula plan nak beli putih je untuk Ridzuan bagi masa nikah nanti, tapi prefer yang berwarna *demand u* Akhirnya, pilih warna pink soft. Tak terlalu striking sampai menenggelamkan pengantin nanti :)

Harap-harap pilihan yang Aini buat tepat. The major problem is : macam mana nak simpan telekung tu sampai nikah? Any tips? Kena sorok kat tempat lain ni, jangan lepas tu lupa pulak sudahhh... Haha. Kepada sesiapa yang nak dapatkan telekung lycra dengan harga murah, boleh risik merisik facebook Zur Zainal atau whatsapp ke number 0123483894. Subhanallah. Sangat mudah berurusan dengan beliau. Even Aini yang cerewet ni dilayan dengan sempurna. Setengah jam lepas transfer dah dapat tracking number :) Semoga perniagaan saudari terus berjaya dan dapat membantu bride-to-be yang lain juga.

ps : maafkan kualiti gambar yang kureng.cukuplah HTC tersayang, tak perlu nset lain :)

2 comments: