OhMyIklan

Thursday, 11 June 2015

165. Tips : Senarai Tetamu

Assalamualaikum, hai readers. Saje taip tajuk dulu untuk wat next entry, takut lupa. Berdesup draft jadi 15 posts. Haha. Tabahlah Aini. Rasanya ni tips yang paling penting antara banyak tips. Selain makanan, tetamu pun penting bagi sesuatu majlis. So, hari ni Aini nak share sikit tips ketika senaraikan tetamu.

1. Buat senarai mengikut target bilangan tetamu, bukan daya ingatan.

Kalau ingat dalam 800 orang, tapi katering untuk 1000 orang, spare je lagi 200 untuk tetamu yang belum diingat tu.

2. Rewind balik dari zaman tadika.

Ini untuk kes banyak sangat sekolah. Tadika, sekolah rendah dah 4 sekolah, sekolah menengah, kolej, universiti. Tak dilupakan kalau ada kerja part time ke full time ke time tengah-tengah belajar tu. Ni la guna makan kismis nombor ganjil dari kecil.

3. Buat senarai kasar bilangan tetamu.

Contoh : kawan sekolah rendah 40 orang. sekolah menengah 40 orang. Tu contoh je. Supaya anda boleh bajet berapa tetamu datang nanti.

4. "Jemputlah semua"? No no.

Jangan guna ayat "jemput semua" kepada bukan saudara mara anda. Sebab tu kegunaan dalam kad tu tulis "dan pasangan". Bukan nye niat nak limitkan tetamu atau double standard. Cuma tak nak jemputan melebihi bilangan yang dah deal dengan katering.

5. Gunakan media sosial.

Zaman sekarang kan canggih. Guna je facebook untuk create event. Tapi sebelum tu elok lah kalau tapis dulu kawan-kawan yang dasar atas angin kat facebook tu. Ni untuk mereka yang main approve je sape-sape.

6. Sentiasa ready kad kahwin dalam beg.

Kenapa? Kalau tiba-tiba terjumpa kat shopping mall ke, senang. Boleh bagi je. Jimat duit setem. Setem mahal woo. T.T

7. Jemput time pergi kenduri orang lain.

Yang ni bijak sikit. Hihi. Selalu kan time kenduri kawan ada mini reunion kan? Hah. Jemput lah time tu.

Rasanya boleh lah kot 7 tips ni. Nak lebih-lebih kena tunggu Aini habis menjemput dulu. Huhu. Have a nice planning :)


Tuesday, 9 June 2015

164. Dah Mula Menjemput. Perasaan?

Assalamualaikum, hai readers. Fuh. Sekarang dah mula fasa menjemput, even sebulan++ awal. Sebab bulan puasa rasa macam out sikit, tak banyak boleh buat. Nanti Aini cerita pasal kad kahwin yek. Time menaip ni, tengok countdown tinggal 47 hari lagi. Gilosss. Banyak lagi tak setel ni. Setakat ni ada beberapa senario la time menjemput.

1. Yang dah tau, buat-buat terkejut.

OMG! Yeke Aini? Tahniah. Selalu baca blog Aini, tapi tak perasan bila kahwin nya. Haha. Nampak sangat pemalas Aini ni nak update pape.

2. Yang tanya apa yang dah siap, macam mana prepare.

Haru biru sikit nak menjawab yang ni. Sebab malu weh nak cakap tak prepare sangat lagi. Hehe. Alhamdulillah, ramai yang support. "Takpe Aini, ada masa lagi" Lagi lah Aini cool.

3. Yang mendoakan.

Alhamdulillah, yang ni sangat ramai. Terima kasih atas doa semua. Awal lagi dah wish "semoga cepat dapat baby". heh? 

Semua orang nak yang terbaik dalam relationship kan. Doakan semua preparation Aini berjalan lancar. Bila orang tanya apa perasaan sekarang? Aini akan cakap serabut sebab banyak benda tak setel lagi. Nasib baik Ridzuan banyak cool kan diri ni. Kalau tak, memang haru la. 

tak payah nak keep calm sangat!

Sunday, 7 June 2015

163. Tupperware Untuk Family Ridzuan - DONE!

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni nak share sikit pasal doorgift untuk rombongan pihak lelaki. Nak bagi beberapa barang, tapi kita setelkan one by one lah. Kalau nak beli gedebuk banyak, memang terasa sikit lah duit yang mengalir. T.T . Bulan ni (gaji ni) memang nak setelkan doorgift sahaja lepas setelkan kad kahwin. Nanti Aini update pasal kad kawen eh. Tupperware ni Aini survey antara kedai RM2 yang sekarang dah jadi RM2.12 (sobs!) dengan happy home. Honestly, happy home lebih murah tapi kedai RM2.12 jadi pilihan sebab lebih lawa di mata kami :)

Maka, kami beli lah macam kat bawah ni :




RM2.12 boleh dapat 2 tupperware lebih besar dari saiz tapak tangan Aini. Bajet untuk rombongan lelaki 30 orang. Bagi kat dewasa je sebab kanak-kanak boleh dapat isi dalam tupperware ;) So total setakat ni : RM2.12 x 15 bungkus = RM31.80. Haruslah pegi dengan Ridzuan kan. Tak kira lah nak cakap tak surprise ke apa, asal tak berat nak pikul. Hihi. 

ps : tolong doakan semuanya berjalan lancar.

Thursday, 4 June 2015

162. Menangi Tajaan RM1500 Dari Rumah Kebaya Malaysia

Assalamualaikum, hai readers. Can't wait to share this with you girls. Tepek segambar dulu.

Siapa yang tak nak baju kahwin ditaja kan? Ditaja Rumah Kebaya Malaysia lagi tu. Memang rugi lah tak grab weh. Cuba try test lah. Mana tau anda antara yang bertuah tu. Apa nak buat? Cuma komen dan repost di ig Rumah Kebaya Malaysia. Nak komen apa? Komen je anda punya tarikh majlis dan lokasi majlis anda serta part yang paling penting....impian majlis perkahwinan anda! Komen je anda nak majlis anda macam mana. Ala ala wedding hanez suraya ke, sharifah sakinah ke. Nak tema frozen ke, minion ke.

Nasib lah Aini takde ig, kalau ada, anda akan bersaing hebat dengan Aini. Muahahaha *gelak jahat*.
Try la korang. Good luck! Oh ye, komen sebelum 15 Jun ye. Apa tunggu lagi?

Sunday, 31 May 2015

161. Dapatkan Gambar Yang Menarik Untuk Perniagaan Anda Dengan Perkhidmatan Ahmad Fairus Art & Artistic Photography

Assalamualaikum, hai readers. Selalu tak beli online?? Atau adakah anda penjual barangan online? Kalau Aini yang tegar membeli online ni pantang tengok pape yang menarik, mesti nak grab punye. Hihi. Pantang tengok gambar yang menarik perhatian. Laju je taip kat komen tu 'pm'. Antara perkara pertama yang Aini dan pembeli lain tengok ialah gambar. Bukan detail ye, tapi gambar. Maka, sangat penting bagi semua peniaga online untuk publish gambar yang berkualiti yang mampu menarik minat pembeli gitu. Nak cari siapa? Carilah Ahmad Fairus Art & Artistic Photography.

Photographer dari Myphotographer Malaysia ni nak tawarkan perkhidmatan untuk menaikkan sale anda! Bagaimana caranya? Untuk pertama kali, beliau akan menawarkan sesi percubaan di mana beliau akan shoot 5 barang jualan anda. Tak kira lah baju ke, pelamin ke, produk kecantikan ke. Kalau berminat untuk proses seterusnya, boleh terus contact beliau di talian 012-3390943. Senang kan? 

Tips untuk mak andam semua, sila lah grab peluang ni lebih-lebih lagi yang aktif online ni. Bukannya apa, 1st impression tu penting. Kalau pelamin lawa gila, tapi gambar tak berapa menyelerakan, mungkin akan ditolak tepi. Gambar tu penting! Good luck peniaga semua!


Saturday, 23 May 2015

160. Make Up By Ferra Rossa!

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni nak share sikit my favourite MUA of the year! Ferra Rossa! Mula-mula kenal beliau masa beliau make up kan kawan Aini nama Charmine untuk majlis nikah beliau. Ingat lagi lepas subuh Charmine siap-siap sebab Ferra Rossa dah sampai. Really punctual! I like. To all MUA, boleh lah contohi FR punya punctuality ye. :) Aini takde lah ada di sisi Charmine dari awal sampai abes beliau dimekapkan. Tapi bila masuk bilik mekap, OhMy... Seriusly lawa gila! Nampak natural, takde over ke apa. Tapi memang sangat lawa! Terutama tang mata bila dah letak yang kilat-kilat tu. 

FR sangat baik hati, peramah ye. Teringin jugak nak beliau make up kan Aini. Tapi, apakan dayooo. Beliau based in KL. Jauh la pulak nak sampai ke Pahang. Huhu. Memang beliau boleh travel, tapi maybe pilih yang dekat-dekat je untuk memudahkan semua urusan. :) Sorry ye FR, lambat review. Tapi akak memang terbaiklah :)

Nah, belanja pic sikit :





Lawa-lawa kan? Tapi masih nampak natural. Untuk sebarang info, boleh layari http://www.makeupbyferrarossa.com/ Semoga kak FR terus berjaya mencantikkan pengantin-pengantin di Malaysia!

Tuesday, 19 May 2015

159. Teaser Baju Nikah

Assalamualaikum, hai! Kali ni nak bagi teaser sikit pasal baju nikah Aini. Baru amek minggu lepas. Alhamdulillah, suka :) Dalam 3 bulan jugak baju nikah ni nak siap. Tapi tak kisah lame ke sekejap, sebab lambat lagi nak guna. Sekarang ni berusaha untuk sorok baju nikah dari Ridzuan sebab tak mau dia tengok dulu. *mengade*

Nah tengok lah sikit :



Tak sabar nak pakai. Tapi tak sabar lagi nak kawen. Muahahaha. *gatai*