Bila kita dah kahwin nanti…
1.
Tolong ingatkan saya sekiranya saya belum solat.
Tolong ingatkan saya sekiranya sujud saya tidak sempurna. Tolong ingatkan saya
untuk bersiap cepat untuk berjemaah dengan awak.
2.
Tolong ingatkan saya rajin-rajinlah memasak
untuk awak. Tolong ingatkan saya untuk tak bagi awak minum kafein banyak
sangat. Tolong ingatkan saya harga gula dah naik.
3.
Tolong ingatkan saya teman awak tengok bola.
Tolong ingatkan saya jangan sokong Manchester United. Tolong ingatkan saya
jangan basuh jersi awak guna mesin basuh.
4.
Tolong ingatkan saya bersolek untuk awak. Tolong
ingatkan saya jangan shopping banyak sangat. Tolong ingatkan saya bila selipar
saya dah patut tukar.
5.
Tolong ingatkan saya ajak awak tengok Running
Man sekali. Tolong ingatkan saya update blog sekurang-kurangnya 3x seminggu.
Tolong ingatkan saya jangan update status facebook selalu.
6.
Tolong ingatkan saya basuh pinggan bila pinggan
sikit. Tolong ingatkan saya beli mesin basuh baju automatic. Tolong ingatkan
saya jangan malas lipat baju.
7.
Tolong ingatkan saya hati-hati memandu. Tolong
ingatkan saya bila road tax mati. Tolong ingatkan saya basuh kereta bila
betul-betul kotor.
8.
Tolong ingatkan saya jangan banyak tidur. Tolong
ingatkan saya yang awak suka kucing. Tolong ingatkan saya jangan jerit bila
nampak lipas.
9.
Tolong ingatkan saya jaga rumah tangga kita.
Tolong ingatkan saya pelihara kehormatan diri dan suami. Tolong ingatkan saya
tanggungjawab seorang isteri.
1.
Tolong ingatkan saya jika saya leka. Tolong
ingatkan saya jika saya lupa. Tolong ingatkan saya kerana saya tak sempurna.
Hingga ke hari itu, langkah pertama akan kita ambil dalam
beberapa hari lagi. Ingin saya ingatkan cabaran kita selepas ini lebih berat.
Sangat berat. Kerana syaitan akan cuba mengganggu hubungan kita. Agar tidak diakhiri
dengan lafaz “aku terima nikahnya…”. Terpulang kepada kita untuk menjaga
hubungan ini.
Hingga ke hari itu, kita masih tidak halal. Ingatkan saya
untuk menjaga tingkah laku saya. Kerana syaitan itu sifatnya menyesatkan.
Bertunang bukan lesen, passport atau sebagainya untuk menghalalkan yang haram.
Hingga ke hari itu, kita masih punya waktu untuk membetulkan
diri sendiri. Kita mahukan yang terbaik antara satu sama lain. Kita harus
menjadi yang terbaik terlebih dahulu. Kerana…
“Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk dan
lelaki yang buruk untuk wanita yang buruk, sedangkan wanita yang baik untuk
lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik” Surah
AnNur:26
No comments:
Post a Comment