OhMyIklan

Friday, 23 May 2014

39. Cincin Bertunang Aini Yang Punya!

Assalamualaikum, hai readers! See the berlagak title? Huhu. Dulu pakai cincin merisik je, sekarang dah pakai yang bertunang sekali. Maju setapak. *well done Aini* Sebelum start story mory, jom tengok gambar cincin bertunang Aini dulu.

tak nampak sangat kan?


ketika cincin sudah di jari



ni je kot yg clear sikit

Cincin ini dibeli pada 14 Januari 2014. Almost 4 bulan disimpan rapi oleh mama tersayang. Awal gila kan beli? Huhu. Masa beli ni harga cincin murah. RM125/gram. Haruslah grab kan. Lagipun Ridzuan yang offer kan diri nak bawak gi beli cincin bertunang (padahal masa tu takde cincin merisik pun lagi). At first, ingat nak ada 1 cincin je. Sekali kan aje cincin merisik dengan bertunang since Aini tak gemar sangat barang kemas. At last, beli jugak dua.

Jangan ingat proses mencari cincin bertunang Aini mudah ye. Mula-mula kami round kedai-kedai emas sebaris dengan Taman Kerang, Kuantan. Ushar, ushar, ushar. Call mummy : "mak, kat mana nak beli cincin murah ea?" Mummy : "Wah Chan Kuantan Parade". Terus lah drift ke Kuantan Parade pulak. Nak mencari Wah Chan satu hal. Walaupun dah beratus kali masuk Kuantan Parade, tak pernah amek port kat mana Wah Chan. Masa pusing-pusing,,, *bling* nampak Wah Chan, depan The Store dalam Kuantan Parade. Memang tak pernah perasan selama ni since agak tersorok jugak. 

Nego punya nego punya nego, pilih punya pilih punya pilih. Dapatlah macam dalam hasil ni. Aini sangat memilih bab cincin ni, tak tau kenapa, padahal tak minat barang kemas tu. Hihi. Nak yang design lawa, harga murah, tak nak simple sangat. *banyak lah*. Masa dah berkenan dengan cincin kat atas ni, saiz besar. Maka, tinggalkan cincin tu untuk dipotong dalam masa sejam++(yang dipotong tu diberi semula). Aini dapat hasil yang sangat memuaskan hati. Harga Aini tak boleh kongsi kat sini, maaf lah ye :) To all bride-to-be, good luck mencari cincin anda.

Check out our next post : 40. Alkisah Kena Tipu Dengan Penjual Baju Bertunang.

6 comments:

  1. Baguslah OP Aini..cantik gambar..Share taw nanti...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. taw xpe miss hidy...sgt3 bgos...insyaAllah nanti Aini share kan ye...ni sume gmbr shoot n burn taw...dia takde edit pape....power kan?

      Delete
  2. Lawa lah cincin tunang Aini :) Gambar pun cantik2 sweet ja mata ni tengok. Fiza pilih cincin tunang yang betul2 ikut saiz jari manis ni. Tak mau pilih yang saiz besar sebab rasa sayang pula nak kecik kan. So, masa tu sambil tengok saiz sambil tengok design.hahaa Penat la juga cari cincin tunang ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fiza...gmbr cantik sbb OP bagus gilaaaa...huhu Aini pakai saiz 10.susah jgk nak cari cincin saiz 10...tpkse kecik kan sbb hati dah bkenan ngn cincin ni...tp yg dia potong tu dye bagi balik...ade la beberapa mm...hihi tau takpe penat cari cincin...fiza gi brape kedai?

      Delete
    2. Pg kat 1 kedai ja iaitu lazo diamond. Hehee sb, kedai ni kira berpatutan harga ya. :) tp, berulang2 ar nak tgk pastu cuba pula.

      Delete
    3. lazo diamond tu mmg glemer kt sbah ea fiza?

      Delete