OhMyIklan

Monday, 5 May 2014

31. My Enggagement Day.

Assalamualaikum readers! Fuh..Post pertama sebagai tunangan orang :) dulu pakai 1 cincin, sekarang dah 1+1..dah perlu mula panggil mak Ridzuan "mak". Sebelum ni "makcik". Alhamdulillah, semalam, 4.5.14 dah berlangsung majlis pertunangan kami, Aini & Ridzuan. Jom Aini cerita serba sedikit pasal e-day Aini. Ralat mungkin part jam tu ye.

0000 - dah masuk tidur. pusing sana, pusing sini. tak boleh tidur. nervous beria. tgk member-member dah selamat mimpi dah. ntah pukul brape baru boleh tidur.

0215 - terjaga lagi. ohmywedding. dalam 2jam or 1jam++ lepas tu baru boleh tidur kot.

06*0 - bangun subuh mcm biasa. hajat di hati nak sambung rest, tapi tak dapat. pergi menyibuk kat makteh, tengok tolong beliau prepare sirih junjung, susun buah-buah untuk hantaran.

0800 - sarapan. nasi impit + kuah kacang. dalam kepala dah set "makan banyak-banyak, kalau tak, perut akan berbunyi atas pelamin nanti"

0845 - mandi, bersiap-siap untuk pergi make up kat butik pengantin dalam 15minit perjalanan dari rumah.

0930 - mula make up

1040 - dah siap make up, balik rumah

1100 - mula pakai pakaian yang proper sikit-sikit. sebab Ridzuan belum bertolak lagi. Jarak perjalanan rumah kami dalam sejam. fotographer dah sampai, Aini buat tak kisah je. Hihi. Maaf ye. Lagipun konsep bilik Aini "NO MALE".

1230 - family Ridzuan sampai, mula berbincang. Dalam hati tu berdebar-debar dah. Friends and family la yang banyak support, suruh selawat. Bila dipanggil Aini pun buat muka cute, keluar. Lepas sesi sarung cincin, salam-salam, bergambar, tetamu menjamu selera.

1330 - sesi menggedik tanpa selfie bermula. Tangkap, tangkap dan tangkap gambar lagi.

1345 - family Ridzuan beransur balik.

1400 - my turn to habiskan makanan makan. Veil dah kucabut. Takut termakan bunga 3d. Tak sempat nak jadi bini orang nanti.

1430 - photographer terus transfer gambar-gambar yang awesome!

1500 - setelkan pape yang patut.

1700 - pelamin dah cabut. kawan-kawan dan saudara mara beransur balik. sambung kemas lagi.

2000 - baru ada kesempatan berehat.

2330 - tidur kepenatan tanpa terjaga-jaga mcm malam sebelumnya.

Overall? Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Lain feel jadi tunangan orang ni. ^.^ tepek 1 gambar.

ohmywedding. kenapa Aini nampak gemuk?


Semoga perjalanan e-day b2b yang lain pun berjalan dengan lancar :) Terima kasih kpd semua yang mendoakan.

Check out our next post : 32. GiveAway CASH RM50 by Cik Ayue

4 comments: