Ingat lagi tak entry Aini yang ini? yang ada gambar di bawah :
haa.. Dah ingat? 4 Mei 2014 majlis pertunangan kami. Maka, Isnin 5 Mei 2014 baru ada kesempatan nak intai blog Kemetot Chomel. Dan.... ohmywedding!
nampak tak no 3 tu ohmywedding punya link?
Alhamdulillah, syukur. Aini anggap ni hadiah pertunangan dari Una. Kenapa kami punya blog number 3 sedangkan kat giveaway banner hadiah untuk 2 orang je? Alkisahnya, laptop Una rosak. Una publish pemenang lambat sikit dan Una tambahkan bilangan pemenang kepada 3 orang. Dan blog kami yang ketiga tu. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Kepada yang tak berjaya, jangan putus asa. Cuba lagi di lain masa ye.
Masih ingat Aini cakap hajat di hati nak bagi Ridzuan handle jugak blog ni lepas kami punya e-day? Inilah masanya! *chicken dance* Tak kan Ridzuan nak handle blog pink yang ada gambar kek kan? Hihi. Nak tunggu Aini tukar background, template sume memang kirim salam la. Google tutorial 10x baru lepas nak tukar 1 benda. *sorok muka*
Setakat ni belum ada kesempatan nak bincang dengan Ridzuan nak guna warna pe, layout mcm mana. Maka, mungkin Aini akan hold dulu. Lepas bincang panjang, Aini akan bgtau Una ye. Cadangan? Nak warna soft je. Tak mau readers sakit mata baca blog Aini.
Oh ye! Terima kasih kepada yang invite Aini join giveaway masing-masing. Bukan Aini tak sempat atau sombong atau pape je la. Tapi prinsip Aini biarlah Aini join giveaway yang ada kaitan dengan wedding atau peribadi sahaja. Mungkin rezeki orang lain menang give away anda. Tapi jangan stop invite ye :)
Lagi sekali terima kasih kepada Una dan blog beliau. Semoga Una terus sukses dalam dunia blog. :)
Check out our next post : 35. Kempen Jangan Sakitkan Hati Pengantin.
Wah, tahniah. Hehe fiza pun da join, tp xbertuah pun. Huhu betul2..susa sikit nak update blog klw hari2..sb xda idea sgt. Klw crita sal kawin byk plak idea, tp tula xbole all out. Hehe Bila majlis nikah ya?? Xsabar nak tgk entri tu. Hehe
ReplyDeletetenkiu fiza....rancang ikat stahun fiza...huhu
Delete