OhMyIklan

Wednesday 7 May 2014

33. Terima Kasih Semua.

Assalamualaikum. Hai readers. Entry ni khas bertujuan untuk menghargai usaha anda semua untuk merealisasikan majlis pertunangan Aini baru ni. Mestilah diri ini terharu, tapi malu nak ucap banyak-banyak-banyak-banyak kali. Hanya Allah sahaja yang membalas budi baik kalian.

1. My parents.
Terima kasih mummy, daddy atas penat lelah yang dah anda anda lakukan. Pastikan makanan cukup, rumah teratur, sediakan keperluan semua. Love both of u.


2. My siblings including bro in law.
Terima kasih atas semua sponsor(s). Tolong bentang karpet. Tolong setelkan dapur. Semua pertolongan yang besar seperti tolong angkat kambing mahupun kecik seperti tolong amek tisu dan cari pengetip kuku. Hihi. Love u all.


3. My big family - aki, tok, makcik-makcik, pakcik-pakcik, sepupu sepapat.
Untuk semua pertolongan yang kalian berikan. To makteh, terima kasih sponsor buah, sirih. To ucu, terima kasih tolong masakkan pencuci mulut. To maklang, terima kasih tolong basuh pinggan yang banyak tu. Terima kasih maklong, paklong atas doa yang mengiringi majlis pertunangan kami.

makteh dan ucu. sentiasa support Aini dikala seseorang mencela diri ini.

4. My friends - syira, farhana, sufi, dijah, linda, kak idah, erika, waha, aynen, charmine, pargh, mila, farah atikah dan lain-lain
Terima kasih syira & farhana sebab sudi travel jauh-jauh (sarawak & kajang) demi member mereka ni. Terima kasih doa kalian agar Aini tak neves. Terima kasih atas pandangan yang diberikan untuk design veil, berkongsi masalah baju dan lain-lain.

farhana dan syira. *baju oren belum berpunya*

5. Family-to-be dan Mr. Right.
Terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya. Aini taw family-to-be punya kasih sayang macam family Aini jugak. Terima kasih mama (mak Ridzuan) beri green light kat diri ini join membebel kat Ridzuan. Hihi. Terima kasih semua yang hadir memeriahkan majlis. Harap makanan sedap. Huhu.

Aini with mom-in-law-to-be.

6. Semua pihak yang menjayakan majlis Aini.
Semua ahli blok 21, Felda Chini Timur 01 atas semangat kalian memasak dan memasak hingga siap semuanya. To MUA, pembuat veil, pelamin, OP, terima kasih banyak-banyak. Nanti Aini review one by one ok?

Kalau ada yang Aini terlepas pandang, maaf ye dan terima kasih juga buat kalian.

Check out our next post : 34. Menang Contest Giveaway by Kemetot Chomel. Alhamdulillah.




2 comments:

  1. Cantik ya aini masa tunang..nampak berseri2 sgt. Hehee tahniah lagi sekali. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah fiza :) credit to MUA dan fotog. Nanti Aini review ye.

      Delete