OhMyIklan

Monday 19 May 2014

37. Tips Untuk Bakal Tunangan Orang

Assalamualaikum readers. Cehwah. Baru beberapa hari bergelar tunangan orang dah memandai-mandai buat post pasal tips ye? Well. Pengalaman yang sedikit tu haruslah dikongsi bersama kan. Sharing is caring. Before that, Aini dapat banyak feedback dari entry post sebelum ni. Tak tau patutnya happy ke apa. For the positive feedback, thank you so much. :)

Jom tengok tips-tops-tups untuk bakal tunangan orang :
1. Tidur awal sehari sebelum majlis bagi mengelakkan mata panda yang comel. Lepas isyak terus tido pun tak salah KERANA ANDA AKAN KERAP TERJAGA MALAM TU. At least, kalau anda tidur awal, takde lah sikit sangat masa tidur anda tu. Kalau nak pastikan tidur tu berkualiti, memang agak susah lah.
2. Bangun awal. Hal ini bagi mengelakkan anda terlewat untuk buat perkara-perkara yang sepatutnya. Kalau boleh, biar dah planning awal malam sebelum tu. Esok, aku nak buat bla...bla...bla....
3. Makan sarapan dengan kuantiti yang banyak. Paksa makan ok, even anda dup dap dup dap sampai tak selera nak makan. Jangan fikir anda akan gemuk dalam sejam akibat makan yang breakfast tadi. Mengarut. Anda tidak akan lunch selagi majlis sebelum habis. Tak kan nak bakal mak mertua dengar bunyi perut korang kan?
4. Make up awal. Kalau macam Aini, majlis tengah hari, pukul 9.30 dah start make up. Sebab takut tak sempat. Aini pernah baca yang make up perlukan 2-3 jam untuk blend. Wallahualam. Biar siap make up awal dari lambat. Kalau siap awal, anda boleh relaks dulu depan kipas/air cond.
5. Time make up, sila pakai kemeja. Tips ini penting tetapi ramai orang terlepas pandang. Kalau pakai tshirt, takut habis make up time nak tukar baju nanti. Lainlah kalau anda nak gunting baju tu kan.
6. Pakai baju bertunang berzip belakang. Sekarang ni mostly fesyen zip bawah ketiak kan? Avoid! Pakai yang zip nye kat tulang belakang anda. Memudahkan anda memakai dan make up anda pun akan selamat.
7. Spare berus. Berus yang besar tu tau. Supaya kalau MUA dah tinggalkan anda terkulat sorang-sorang, in case kulit anda berminyak, sapukan compact powder secara halus guna berus tu. Jangan guna span pulak. Membazir je blusher tu.
8. Kulit anda sensitif? Even kalau tak sensitif pun, TOLONG REQUEST SPAN BARU KAT MUA. Kita tak tau siapa yang pernah pakai span tu sebelum ni kan. Yang ni based on MUA jugak. Good luck ye!
9. Banyakkan selawat. Niatkan supaya majlis anda dipermudahkan. Niat anda baik kan :)
10. Pelamin anda ada platform? Sila practice awal-awal ye. Angkut ramai-ramai naik platform tu. Test kekukuhan dia. Kita cuma nak elakkan perkara yang buruk terjadi kan.
11. Pakai skin socks. Menutup aurat dan kemas. Ramai antara kita yang tak perasan. Dan kalau pakai skin socks tu pastikan bukan warna hitam, sebab nampak pelik. Pastikan juga takde kotoran. Kotoran degil? Gunalah vanish!
12. Siapa cakap make up pada muka je? Make up jugak tangan-tangan anda. OP akan kerap amek shot tangan bercincin tu. Takkan muka putih tangan hitam kan? Guna D'herbs? Ikut suka hati limpa masing-masing la. Tapi Aini guna BB Cream Maybellline dan compact powder Maybelline je. Meh kongsi shot sikit. Jangan lupa jugak potong kuku!


13. Sila pastikan jari anda tidak membesar. Apa punya tips lah ni. Hihi. Tak pun, time beli cincin tunang tu biarlah boleh masuk dengan senang :)
14. Jangan lupa bersalam dengan family belah lelaki yang datang tu. Bukan nak salam dengan bakal mak mertua je ye. Mostly ni adat kot. Aini pun tak pasti. Jangan syok sendiri selfie ngan bakal mak mertua sampai orang lain dilupakan.
15. Last tips, doa banyak-banyak. Doakan yang baik-baik. Doakan majlis anda berjalan dengan lancar. Doakan anda dikurniakan kesihatan yang baik. Doa tu senjata kita kan?

Sekian dulu tips-tops-tups dari Aini. Mungkin ada lagi yang Aini tak terfikir kat sini. Selamat bertunang B2b sekalian :)

Cekidaut our next post : 38. Oh My Wedding Berwajah Baru.

4 comments:

  1. heeee im counting days. bc ur entry nebes plak jadinye =P

    visit mine my dear!! thank u for the tips!!!
    all da best!

    http://algettingmarried.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Hai Lia .... takmau nebes2...hihi...good luck taw :)

    ReplyDelete
  3. 1st time baca tips nak makeup kan tangan juga. Hehe geli hati ni msa baca. Tapi, ada betulnya..xkan nak tangan xcantik kuku panjang msa nak sarung cincin kan. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan fiza? mula2 cm kelakar jugak. hihi pelik tau kalau muka putih tgn itam...kuku tu penting jugak...sbb byk syot kat tangan and jari jemari...hihi

      Delete